Pages

Thursday, 27 March 2014

Keperibadian Seseorang

Keperibadian seseorang merupakan salah satu cermin atau imej seseorang itu.  Ia diukur melalui beberapa perkara.  Perkara pertama ialah;

  1. Percakapan 
Percakapan atau tutur kata adalah suatu perkara yng amat penting.  Ia begitu penting sehingga ianya cuba diterapkan oleh Baginda S.A.W.  Banyak kali jika di teliti sirah Baginda S.A.W ada menitik beratkan dalam tutur bicara.  Tutur bicara ialah suatu perkara yang besar dan ia boleh memberi kesan yang mendalam.  Jika dilihat pada perkembangan islam terdahulu ramai pengikut islam terawal tertarik dengan islam disebabkan Baginda S.A.W pandai menjaga tutur kata Baginda dan sopan Baginda.  Telah kita ketahui bahawa bangsa arab adalah suatu bangsa yang kasar dalam perbuatannya.  Tapi berbeza dengan Rasulullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti dan tuturkata yang mulia.Allahuakbar.  Mulianya Rasulullah S.A.W.  Tapi apa yang kita lihat sekarang ialah banyak sudah tutur kata lembut dan sopan santun kian hilang ditelan zaman.  Walaupun bangsa melayu terkenal dengan adat sopannya tapi sekarang ia kian pupus.  Sebabnya kita sendiri mengetahuinya.  Pertama pengaruh dengan muzik, budaya luar.  Buktinya boleh di lihat dalam tiapan lirik lagu luar dan skrip cerita negara luar.  Kebanyakkannya selalu menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan kasar.  Begitulah kuatnya pengaruh dalam budaya kita.   Maka lahirlah bangsa melayu yang hilang identiti sebenarnya.

    2   Ilmu
Ilmu atau pengetahuan adalah satu sumber penting dalam pembangunan sosial dan negara.  Perkara ilmu telah berkurun disebut oleh cendikiawan dulu kala.  Tapi sayangnya kita hanya belajar sejarah tapi kita tidak mengambil pengajaran dari sejarah.  Perkara paling pelik ialah kita mempunyai Kitabulallah atau kitab dari Allah S.W.T tapi kita masih mundur.  Jauh terkebelakang.  Bukan kah kita ini makhluk yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mewarisi kitabNya?  Kenapa kita masih mundur?kenapa kita dijajah?kenapa kita diperbodohkan?kenapa kita mengikuti makhluk lain yang tidak beri kitab Allah S.W.T?Kenapa?  Bukankah dahulu kita adalah pemimpin dunia?  Pemimpin yang mengoncangkan dunia dari pelbagai sudut.  Dari bidang kejuruteraan, perubatan, seni, ekonomi, peperangan, sosial dan budaya.  Kenapa kita jatuh?  Kita berilmu tapi kita tidak berfikir.  Kenapa Tuhan turunkan Al-Quran dalam bahasa arab?dan kenapa semasa awal kemashuran islam, kerajaan besar lain tidak mampu bangkit?fikirkan sejenak kenapa itu semua berlaku.  Berilmu tapi tidak berfikir..

     3.   Idea Dan Buah Fikiran
Idea dan buah fikiran ialah salah satu kelemahan yang ada pada kita.  Kita tidak suka berfikir kearah dunia baru yang mampu kita cipta yang mendaulatkan islam, dan negara.  Kita suka mengikut dari memimpin.  Itulah sikap kita.  Perkara itu telah lama terjadi.  Kita suka mempersendakan idea orang yang cuba bangkit dari sikap kebiasaan untuk menjadi keluarbiasaan.  Contohnya kita lah bangsa pertama didunia mencipta sendikata yang berbunyi "angan-angan mat jenin".  Cuba lihat didunia luar.  Ada ke tidak sendikata atau pepatah seperti ini.  Kenapa kita selalu sebut pasal angan-angan mat jenin?  Sebab kita tidak berfikir sebelum cakap dan kita suka persendakan orang lain.  Lebih-lebih bangsa sendiri.  Bila bangsa lain memekak telinga kita pula bising menyatakan mereka bodoh sombong.  Tapi akhirnya yang berjaya siapa?mereka atau kita?kita menjadi hamba di tanah air sendiri.  Pasal angan-angan mat jenin, memang cukup menarik untuk dibincangkan.  Cuba tanya oliver wright.  Apa membuatkan mereka mendapat idea untuk membuat manusia terbang.  Perkara itu terjadi sebab mereka melihat burung ternang diawan yang tinggi.  Mereka berkata suatu hari mereka ingin terbang.  Cuba bayangkan mereka di kalangan bangsa kita.  Apa kita akan cakap.  Angan-angan mat jenin.  Dan kesudahannya?  Tiadalah kapal terbang, jet semua tu.  Sekarang kita mendapat manfaat dari idea mereka yang membuat pembaharuan dari segi teknologi dan kemanusiaan.  

Itu lah kita.  Tulisan hamba ini adalah semata untuk meluahkan pandangan dan berkongsi dengan semua.  Bukan niat hamba ingin menunjuk dan sombong.  Hamba ingin meluahkan isi hati hamba seorang pelajar biasa.  Hamba insan yang lemah dan kelemahan itu cuba hamba atasi untuk bangun menegakkan Agama hamba.  Jika ada insan yang tinggi ilmunya minta diberi pandangan yang baik untuk hamba belajar.  Assalamuaikum..


No comments:

Post a Comment