Pages

Sunday 10 June 2012

Pemikiran Seorang Lelaki Terhadap Perempuan(wanita wajib memahaminya)


Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki..? Ni patut kaum wanita tahu dan ambil berat..nak tahu apa..? Jom layan..




Perihal Lelaki #1

“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”

Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri.
Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap!
Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!
Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.
Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.
Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.
Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam.
Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…
“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

Perihal Lelaki #3

Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…
Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

p/s : maka sedarlah wahai wanita..jagalah pasangan anda baik-baiknya ye.. jom share dengan kawan-kawan lain..

Monday 4 June 2012

Menyingkap kesan empat dekad perang Arab-Israel


  
  • Foto
    TINDAKAN ganas dan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap Palestin terus mendapat restu Amerika.
  • Foto
    RAKYAT Palestin terus ditindas hingga menjadi pelarian di tanah air sendiri.
Kita dapat nilai siapa 'kuasa ghaib' di sebalik konflik di negara Arab

HARI ini genaplah 45 tahun Israel menduduki Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza. Tanggal 5 Jun 1967, perang ketiga Arab-Israel tercetus sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua yang digelar 'Perang 6 Hari'.Ia dinamakan Perang 6 Hari kerana dalam tempoh enam hari saja, tentera Yahudi menawan Semenanjung Sinai, Tebing Barat, Bukit Golan dan Semenanjung Gaza.
Perang 6 Hari bermula apabila juruterbang Tentera Udara Israel yang mempunyai semangat patriotik tinggi melancarkan serangan udara mengejut ke Mesir dan Jordan pada pagi 5 Jun 1967. Operasi itu dinamakan 'Operation Moked' kemudian disusuli serangan darat dilengkapi kereta kebal dan meriam artileri.
Mesir, Jordan dan Syria terbabit secara langsung dalam peperangan itu. Negara Arab lain yang turut membantu dengan menghantar tentera darat ialah Arab Saudi, Libya, Iraq serta beberapa negara Islam berdekatan. Di luar rantau, Pakistan turut menyumbang juruterbang tentera udaranya bagi memandu jet pejuang Jordan. 

Setiap konflik membabitkan Arab-Israel sememangnya rumit untuk dibincang dan boleh diperdebat dari pelbagai sudut iaitu agama, ekonomi, sejarah, ketenteraan mahupun hubungan antarabangsa. Sejarah hubungan Arab-Israel sangat panjang dan boleh disingkap sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan. 

Umat Islam di seluruh dunia khususnya di luar dunia Arab sukar mendapat gambaran sebenar mengenai perang Arab-Israel kerana kebanyakan buku ditulis penyelidik dan wartawan Barat berdasarkan ‘kaca mata’ bukan Islam dan pro-Yahudi. Justeru, Israel sentiasa dilihat kuat dan negara Arab nampak lemah, tidak hebat dan mudah dikalahkan. 

Mungkin ada buku dihasilkan mereka yang menjadi pegawai kerajaan atau tentera berkhidmat ketika Perang 6 Hari berlaku. Namun jika bahasa Arab tidak diterjemahkan, mana mungkin dunia dapat mengetahuinya. 
Perang 6 Hari bermula apabila juruterbang Tentera Udara Israel yang mempunyai semangat patriotik tinggi melancarkan serangan udara mengejut ke Mesir dan Jordan pada pagi 5 Jun 1967. Operasi itu dinamakan ‘Operation Moked’ kemudian disusuli serangan darat dilengkapi kereta kebal dan meriam artileri. Ia sekali gus melumpuhkan kekuatan tentera udara Mesir dan Jordan. 

Media Barat melaporkan, daripada 416 pesawat pelbagai jenis dimiliki Mesir, Jordan, Syria dan Iraq, 393 pesawat berjaya dimusnahkan tentera Israel. Sebelum perang meletus, Jordan hanya memiliki 24 jet pejuang untuk melindungi keseluruhan jajahannya termasuk Baitulmaqdis di Tebing Barat. 

Israel menuduh Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdul Nasser menjadi penyebab utama kepada perang berkenaan apabila menutup Selat Tiran di antara Teluk Aqaba dan Laut Merah. Gamal Nasser dikatakan menyemarakkan api kebencian terhadap Yahudi melalui siaran radio Mesir, Voice of the Arabs. 

Apabila perang bermula, Israel menipu dunia dengan menyatakan tentera darat Mesir menyerang mereka dulu, sedangkan ketika itu 70,000 atau satu pertiga kekuatan tentera Mesir terbabit perang saudara di Yaman Utara. Apabila pangkalan udara mereka diserang 5 Jun 1967, Mesir menggerakkan 950 kereta kebalnya ke Semenanjung Sinai. 

Dalam buku bertajuk Six Days: How the 1967 War Shaped the Middle East karya Jeremy Bowen dengan jelas menyatakan, Amerika Syarikat tahu dan merestui tindakan Israel memulakan Perang 6 Hari. Buku itu turut memetik kata-kata Moshe Dayan, Menteri Pertahanan Israel ‘bermata satu’ mengesahkan 80 peratus pertembungan dan pertempuran sempadan dengan Syria sebelum Perang 6 Hari adalah hasil tindak-tanduk provokasi Israel sendiri.

Israel jugalah yang sedikit demi sedikit mula mengambil Tebing Barat ketika masih di bawah penguasaan Jordan apabila menyerang pekan Samua (berhampiran Hebron) yang terletak di selatan Baitulmaqdis, 13 November 1966.

Resipi utama kejayaan Israel mudah, mengambil kesempatan di sebalik ketidaktentuan dan kekacauan politik dalaman negara Arab. Dalam tempoh 17 tahun sebelum 1967, Syria mengalami sembilan rampasan kuasa tentera mengorbankan banyak nyawa.

Agensi Perisikan Israel, Mossad, menempatkan beberapa ejen mereka di Syria, antaranya Eli Cohen. Ejen seperti Cohen bertugas melagakan pemerintah dengan rakyat, selain mendapatkan maklumat sulit kerajaan dan tentera Syria. Cohen akhirnya dibunuh pihak berkuasa Syria.

Tentera Yahudi juga bijak melatih dan melahirkan pengkhianat serta tali barut untuk kepentingan mereka. Ini dijelaskan dalam buku The Six Day War 1967: Jordan and Syria tulisan Simon Dunstan mendedahkan mengenai seorang juruterbang Tentera Udara Iraq, Munir Redfa berpaling tadah ke Israel pada 16 Ogos 1966.

Bersama-sama beliau ialah sebuah jet pejuang buatan Russia MIG-21 milik Iraq. Tidak diketahui sama ada beliau diugut atau diberi rasuah, namun yang pasti Israel dapat mengkaji dan memandu uji jet itu untuk menilai kekuatan Tentera Udara Mesir dan Syria yang memiliki banyak pesawat MIG-21. 

Pada 12 Mei 1967, Israel mengeluarkan kenyataan akan menggunakan kuasa tentera menukar rejim pemerintah Syria yang didakwa menyokong kegiatan pengganas di sempadan kedua-dua negara. Apakah hak Israel menentukan pemerintah negara berdaulat seperti Syria ketika itu?

Selepas 45 tahun, mutakhir ini kita dapat menilai sendiri siapa menjadi ‘kuasa ghaib’ di sebalik konflik yang bakal memusnahkan Syria khasnya dan dunia Arab amnya.

Israel memiliki ramai pegawai tentera yang pernah berkhidmat dengan Tentera Britain ketika Perang Dunia Kedua di Eropah. Mereka mengetahui kelemahan tentera Arab berdasarkan pengalaman sebelum 1967, iaitu peperangan pada 1948 dan 1956. 

Selain menggunakan strategi Barat dalam perisikan dan semboyan, tentera Yahudi mengaplikasikan ‘Lima Strategi Utama Memenangi Perang’ dipelopori Sun Tzu. Tiga daripada strategi utama itu ialah mengetahui masa sesuai untuk bertempur, memperlengkap pasukan sendiri serta menyerang musuh yang tidak bersedia dan strategi terakhir, mempunyai matlamat perang yang jelas dalam semua lapisan pasukan tanpa mengira pangkat. 

Tentera Yahudi maklum Mesir tidak bersedia kerana terbabit dengan perang saudara di Yaman, manakala Syria masih dibelenggu masalah politik dalaman. Perbalahan sesama Arab jelas sekali menguntungkan Yahudi. Jordan pula bukanlah tandingan mereka, apatah lagi hampir semua kelengkapan tentera negara beraja itu datang dari sumber sama dengan Israel iaitu Amerika Syarikat dan Britain. 

Perkara pokok yang menyatukan matlamat semua anggota tentera Israel ialah untuk mengambil semula kota suci Baitulmaqdis keseluruhannya. Mereka sedar tidak akan dapat menawan kota itu dengan cara lembut atau melalui meja rundingan. Perang, huru-hara dan keganasan adalah pilihan utama. Sesungguhnya Perang 6 Hari mencorakkan politik Arab-Israel bertahun-tahun lamanya. Sejak itu bermulalah episod sedih penindasan dan pelarian di bumi sendiri oleh penduduk Palestin. 

Satu ketika dulu, ancaman dizahirkan dalam bentuk jet pejuang, kereta kebal dan tentera infantri lengkap bersenjata. Kebelakangan ini, apa yang perlu untuk mencetuskan kacau bilau sesebuah negara hanyalah internet, pentas ceramah dan akhbar politik. Emosi pembaca dan pendengar menjadi bahan mainan pihak yang kemaruk untuk memerintah. Selepas Kerajaan Mesir tumbang oleh demonstrasi jalanan, giliran Syria bakal dihancurkan tangan-tangan ‘rakyat’ sendiri. 

Istilah ‘rakyat’ sesuai dijaja di negara tertentu dan bukanlah seperti sepasang kasut yang boleh memuatkan semua saiz kaki. Republik ‘Rakyat’ China masih diperintah oleh hanya satu parti saja yang bertunjangkan fahaman komunis, manakala di seberang tambak, pemimpin Parti Tindakan ‘Rakyat’ akan mengheret ke mahkamah ‘rakyat’ yang mengkritik mereka. 

Sehingga hari ini, negara kota singa yang ‘bersih’ daripada sampah dan sebarang perhimpunan haram itu belum memansuhkan undang-undang ‘tidak berperi kemanusiaan’, ISA. 

Adakah ‘rakyat’ kedua-dua negara itu dijamin kebebasan bersuara serta berdemonstrasi sehingga boleh memekik di tempat awam dengan berkata ‘kerajaan negara itu tidak telus dan tidak adil’? Sesuaikah pelarian Syria yang berharta hidup selesa sebagai seorang Islam di kedua-dua negara ‘rakyat’ berkenaan?



Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MenyingkapkesanempatdekadperangArab-Israel/Article