Pages

Saturday 25 February 2012

Aibkan bayi

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya meminta supaya keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penamaan anak tak sah taraf (luar nikah) yang dibin atau dibintikan kepada Abdullah disemak semula kerana didakwa tidak menepati konsep Islam serta mengaibkan.
Katanya, semakan itu perlu kerana keputusan berkenaan berdasarkan perbincangan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan bukan keputusan dicapai Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

“Sebenarnya ada perbezaan antara Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Keputusan mengenai penamaan anak luar nikah kepada Abdullah adalah berdasarkan muzakarah atau perbincangan yang dihadiri individu tertentu.


“Untuk menetapkan sesuatu keputusan atau fatwa, ia sebenarnya hanya boleh dilakukan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kerana ahlinya dipilih Majlis Raja-Raja dan barulah ia boleh diguna pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada forum ‘Apa Ada Pada Nama’ anjuran Sisters In Islam yang turut dihadiri Ketua Hakim Syariah Terengganu, Datuk Ismail Yahya serta peguam bela dan peguam cara, merangkap peguam syariah, Nizam Bashir.


Menurut Dr Juanda, keputusan fatwa yang diguna pakai itu juga tidak berdasarkan konsep Islam kerana ia kelihatan menindas serta memalukan.




“Saya tidak tahu apa perlunya menamakan seseorang anak luar nikah, termasuk individu yang baru masuk Islam, dengan berbin atau berbintikan Abdullah. Ini seolah-olah kita ingin meletakkan mereka dalam satu kumpulan dengan tujuan tertentu.

“Sebab itu, dalam kebanyakan kes, anak-anak ini kemudian menjadi malu dan menerima aib apabila diketahui mereka anak tak sah taraf, sedangkan ia kesalahan ibu bapa dan tidak sepatutnya ditanggung anak,” katanya.


Dr Juanda berkata, tidak ada dalil atau nas menyatakan anak tidak sah taraf, termasuk golongan mualaf, perlu dibin atau dibintikan dengan Abdullah.

“Jika seorang lelaki datang ingin mendaftarkan nama anak mereka, itu bermakna dia mengaku itu anaknya dan tidak perlu dipertikaikan.


“Walaupun ia anak hasil di luar perkahwinan, hubungan darah antara bapa dengan anak tetap sama, cuma bezanya hasil hubungan sebelum berkahwin.


“Jadi kita sebagai manusia tidak perlu menghukum anak itu kerana kesalahan ibu serta bapa mereka,” katanya.


Sementara itu, Ismail berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ibu atau bapa mendaftar nama anak mereka.


Bagaimanapun, katanya, apa yang berlaku ialah kakitangan di JPN pula sibuk meminta pelbagai dokumen daripada ibu atau bapa, termasuk mempertikaikan taraf perkahwinan seseorang yang tidak sama mengikut waktu kelahiran anak.


“Tugas mereka adalah mendaftarkan nama. Jika ayah serta ibu bapa adalah warga negara, soal tempoh perkahwinan sewaktu melahirkan tidak patut menjadi persoalan.


“Perkara ini sebenarnya di bawah kuasa syarak dan bukan di bawah bidang kuasa pentadbiran. Hukum syarak lebih tinggi daripada pentadbiran,” katanya.


Nizam pula berkata, ibu atau bapa yang ada masalah atau dihalang untuk mendaftarkan nama anak atas sebab tertentu boleh membawa perkara itu ke mahkamah kerana ia melanggar Artikel 358 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan untuk mendaftar seperti terkandung dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Peruntukan-Peruntukan Khas).



sumber : myMetro

Tuesday 21 February 2012

Rahsia Air Wudhu Yang Perlu Anda Tahu



Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.
Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.
Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.


sumber:http://edisikini.com

Persamaan Tudung Sanggul Dan Bonggol Unta







“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat.”

sumber:http://edisikini.com

Antara Perkara Yang Perempuan Suka




Adakah korang (lelaki) sudah cukup faham dengan orang perempuan? Dah ‘cukup masak’ dengan perangai orang perempuan? Hari ini admin nak kongsi dengan semua pembaca blog ni tentang Perkara Yang Perempuan Suka.


1. Perempuan suka dibelai 
Perempuan ni memang suka dibelai. Ni admin yakin! Tak caya buatlah. Alah tak susah mana sebenarnya nak belai. Contohnya, masa tengok tv tu cuba-cuba urut kaki ker atau belai-belai rambut dia ker. Haa tu la belai namanya. Tapi khas untuk suami isteri yang sah berkahwin sahaja.

2. Perempuan suka dipuji
Lagi banyak korang puji, lagi kembang lah hidung dia…haa puji la lebih-lebih yer…muahahaha
.
3. Perempuan suka makan
Terutamanya yang sweet-sweet contohnya aiskrim, cokelat dan lain-lain. Betul ker? Entah aku pun tak pasti. Tapi memang, setiap kali orang laki bagi hadiah cokelat ker kat awek2 dulu, memang diorang suka giler.

4. Perempuan suka handbag dan kasut 
Kalau dah tak ada idea hadiah apa nak bagi. Korang beli jer handbag ker atau kasut. Pasti orang perempuan tak pernah menolak punya.

5. Perempuan suka ‘SHOPPING’ 
Ni confirm TEPAT! Betul tak orang perempuan? So, admin tak perlu hurai lah point ni yer.

6. Perempuan suka yang cantik-cantik dan comey-comey 
Pantang nampak benda cantik…sure diorang akan kata ; “eeiiiyyyy comeynye…geramnye….” . Contohnya baby, kucing dan sebagainya. Terutamanya yang muda remaja dan dewasa la. Kalau golongan makcik dan ke atas tu, mungkin point ni tak tepat sangat kot.

7. Perempuan suka ber’GOSSIP’ dan mengumpat 
Haaa yang ni ‘tak berani’ nak ulas panjang-panjang. Tapi kalau tengok keliling-kelalang korang, rasa ramai yang bersetuju dengan point yang ni. Jangan marah ok orang perempuan. Cubalah terima kenyataan! hahahahaha.

8. Perempuan suka warna pink 
Kita lihat dan dah jumpa ramai perempuan yang suka warna ni. Habis semua dia nak pink. Baju, seluar, beg, kasut…semua nak pink. Mengapa yer? Orang perempuan boleh bagi reason dak? .

9. Perempuan suka kata ; “lelaki semuenye same jer! EGO!”
Hehe, lelaki memang mempunyai ego tersendiri (bergantung pada individu). Tapi betul ker ‘lelaki semuanya sama?”. Mungkin sama dari beberapa segi, tak sama secara total.

10. Perempuan suka kalau ada orang caring @ ambil berat pasal dia 
yer lah, jiwa orang perempuan kan lembut. So, memang suka sangat lah kalau orang ambil berat pasal dia. Tapi tengok jugaklah aku rasa. Kalau orang yang ambil berat tu ialah orang yang dia tak suka, dia menyampah jugak kot. Entahlah. Tapi secara fitrahnya, orang perempuan ni memang suka diambil berat tentangnya. Setuju, orang perempuan??

11. Perempuan suka hiburan 
Hampir semua perempuan yang admin kenal, diorang suka sangat dengar radio. Radio pulak, bukan IKIM.FM yer…pastinya ERA, HOT FM, MUZIK FM dan sebagainya. Rancangan TV pun sama, kalau korang perhatikan, orang perempuan memang suka tengok rancangan hiburan. Jarang sangatlah perempuan yang minat baca buku lebih dari minat tengok TV. Wahai orang perempuan, janganlah kau sia-siakan masa kamu. Kurangkan sikit hiburan tu, dan cuba cubalah bawak-bawak baca Quran dan buku agama yer. hehehe

12. Perempuan yang baik memang suka kepada lelaki yang boleh membimbing ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Ni pun admin tak perlu nak ulas panjang. Tapi buktinya, tengok imam muda. Ramai perempuan suka ker, atau ramai perempuan tak suka? Admin yakin, yang suka lebih ramai kot? So, betul lah perempuan suka kepada lelaki yang dapat bimbing dia. Kan kan kan??

sumber:http://edisikini.com
 

Saturday 18 February 2012

Komen Mesut Ozil Dengan Valentine Day

so?we are malay and muslim,why we keep busy about valentine?

Tips-Tips Penjagaan Payudara Daripada Dijangkiti Kanser


1. Makan sayur-sayuran.
Kajian menunjukkan wanita yang mengamalkan diet yang tinggi dengan buah-buahan dan sayuran mempunyai kadar kanser payudara yang lebih rendah. Sayuran seperti brokoli, kubis brussels, kubis bunga dan kubis didapati mempunyai kesan pencegahan kanser yang lebih kuat.

2. Teh hijau
Teh hijau bermanfaat untuk kesihatan umum. Tambahkan teh hijau ke dalam diet harian. Kajian menunjukkan risiko kanser payudara yang lebih rendah dikalangan mereka yang minum teh hijau.

3. Hadkan pengambilan alkohol dan jauhi rokok.
Pengambilan alkohol meningkatkan risiko kanser payudara. Hadkan pengambilannya dan berhenti merokok sekiranya anda perokok.

4. Ambil kira jumlah dan jenis lemak yang dimakan.
Penyelidikan menunjukkan pengambilan lemak yang tinggi, iaitu 40% atau lebih daripada kalori harian memberi lebih risiko berbanding 20% daripada kalori harian. 20% daripada nilai kalori adalah paling disarankan oleh pakar dietetik. Selain itu, lemak tepu yang dijumpai dalam daging berlemak (marbled meat) dan produk tenusu yang berlemak tinggi lebih cenderung meningkatkan risiko kanser payudara berbanding lemak tak tepu dalam kekacang, bijian dan avokado serta minyak zaitun dan kanola.

5. Mengambil supplemen vitamin E
Kajian ke atas sel-sel payudara menunjukkan bahawa ahli keluarga vitamin E, iaitu tokotrienol mempunyai kesan anti-tumor yang poten dan menggalakan kematian sel tumor, dengan itu mengurangkan risiko kanser payudara. Sebaliknya vitamin E bukan tokotrienol tidak memilik kesan yang signifikan ke atas sel kanser payudara.

6. Meningkatkan pengambilan antioksida.
Tekanan oksidatif dan kesan kerosakannya boleh memulakan proses kanser. Antara cara terbaik untuk menghentikannya adalah dengan antioksida seperti vitamin E, C dan selenium.

7. Senaman secara tetap.
Kajian epidemiologi menunjukkan aktiviti fizikal boleh mengurankan risiko kanser payudara. Kajian yang diterbitkan dalam Asia Pasifik Journal of Cancer Prevention edisi Julai-September 2009 mendapati wanita yang melakukan kerja yang memerlukan mereka berdiri atau bergerak di kebanyakan masa dalam sehari adalah 34% lebih rendah untuk mendapat kanser payudara berbanding mereka yang banyak duduk.

8. Mencari alternatif untuk Terapi Penggantian Hormon (HRT)
Beberapa kajian menunjukkan bahawa HRT meningkatkan risiko kanser payudara. Wanita yang berisiko tinggi boleh mencari alternatif untuk HRT. Bincang dengan doktor tentang pilihan yang ada.

9. Pemeriksaan Payudara Sendiri (BSE)
Adalah penting untuk mengesan kelainan pada payudara anda. Cuba lakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali dan sebaiknya seminggu selepas haid. Mamogram disarankan untuk wanita berusia 35 tahun keatas.
Baca artikel bagaimana untuk anda melakukan pemeriksaan payudara sendiri.

10. Urutan sendiri.
Urutan meningkatkan aliran darah, aliran cecair tubuh dan memperbaiki saraf impuls. Urutan sendiri boleh dilakukan smdah memberi tekanan ringan (gerakan membulat) dari setiap arah atas tisu payudara dan mengusap lembut di atas seluruh bawah lengan untuk merangsang kalenjar nodus limfa.

11. Pakai coli yang sesuai.
Meskipun tiada bukti tepat yang menyokong idea bahawa coli boleh menyebabkan kanser payudara, namun dikira langkah baik agar tidak memakai coli yang kurang sesuai yang boleh menyekat aliran limfa ke payudara. Coli bukan sekadar pakaian dalam, malah perlu untuk menyokong payudara. Jika anda bersenam atau kerap berlari, pakailah coli untuk bersukan. Payudara melendut dengan lebih cepat tanpa sokongan yang baik.

12. Dapatkan rawatan profesional.
Tumor kanser yang dikesan ketika masih kecil lebih berpeluang untuk sembuh sepenuhnya berbanding menunggu sehingga ia lebih besar.


sumber:http://edisikini.com

Tips-Tips Menambah Air Mani


Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma.Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-

1)Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2)Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3)Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4)Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5)Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6)Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7)Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8)Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9)Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu,pasaraya dan farmasi.

10)Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani.Jika lakukan seks sebelah malam,tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.


sumber:http://edisikini.com

Kesan Dan Keburukan Memakai Pakaian Dalam Semasa Tidur

Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. ‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.


Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari.

Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer, seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.

Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.

Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?

Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun lelaki


sumber:http://edisikini.com

Helah Terbaru Untuk Mengurangkan Berat Badan Anda








Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?

1.Menghidu makanan
Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.

2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.

3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.

4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.

5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.


sumber:http://edisikini.com


Kelebihan Makan Menggunakan Tangan

Makan menggunakan tangan adalah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah lama ditinggalkan oleh umat baginda pada hari ini. Tangan adalah antara alat utama untuk mengambil dan menyuap makanan ke dalam mulut. Jika ada benda yang membahayakan, tanganlah yang akan mengesannya. Umpamanya, duri, tulang ikan atau tulang ayam.

 


Soal kekotoran pada tangan tidak akan timbul kerana Islam menyarankan agar sebelum makan, kita disunatkan terlebih dahulu mencuci tangan dan hanya tangan kanan sahaja yang diajarkan untuk menyentuh makanan. Dikatakan, antara kehebatan hikmah menggunakan tangan adalah jari-jemari manusia itu mengandungi sejenis kimia yang akan memudahkan penghadaman makanan dalam perut. Ini terbukti apabila orang tua-tua dahulu melarang kita menyentuh makanan yang mahu disimpan dengan tangan kerana ia boleh menjadi basi. Malah, kita disunatkan menjilat jari-jemari untuk mendapatkan keberkatan dan zat penghadaman yang baik pada akhir waktu makan. Inilah antara sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam keadaan perut yang lapar pula, kita digalakkan mulakan makan atau minum dengan sesuatu yang manis. Kenapa? Perut yang terlalu lapar dan kosong akan mengeluarkan sejenis asid yang boleh membahayakan perut. Makanan manis berupaya menghilangkan asid itu. Itulah sebabnya mengapa Nabi s.a.w memulakan berbuka puasa dengan buah tamar kerana buah tamar terkenal dengan kandungan glukosanya yang sangat tinggi.


sumber:http://edisikini.com 

Antara Sebab Wanita Suka Dirinya Dirogol



Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?

Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

Ditambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
 

2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
 

3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
 

4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
 

5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
 

6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.
Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.

Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel, seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.
Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-
Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).
Ada juga lelaki yang ingin melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. Dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.
Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.
Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh nafsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan nafsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.


*Jangan kerana anda, orang lain dapat dosa


sumber:http://edisikini.com

Tanda-Tanda Lelaki Ada Teruna Atau Tidak


Sebelum ini kita membincangkan tanda-tanda wanita masih dara atau tidak kan.Nie pulak kita ambik hal lelaki pulak..Tentunya korang nak tahu kan ?Jom Baca :) .Selalunya, seorang lelaki mencari perempuan yang masih ‘dara’ untuk dijadikan sebagai isteri memandangkan itu menunjukkan kesucian dan kehormatan diri buat perempuan itu.

Bila si gadis atau wanita itu ‘hilang’ dara, perkara itu menjadi satu perkara yang sangat besar dan jelas menunjukkan gadis itu tidak bermoral atau mempunyai masalah sosial.

Ramai yang tidak mengetahui kalau golongan wanita memang sinonim dengan perkara ‘dara’ ini, kaum lelaki juga mempunyai teruna!

Beberapa kajian yang dibuat membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang lelaki itu masih teruna atau pun tidak.

Antara ciri-ciri lelaki teruna yang boleh dikenal pasti adalah;

-Lelaki teruna suka mengintai atau curi-curi pandang perempuan yang cantik berbanding lelaki yang tiada teruna lebih gemar melihat susuk tubuh perempuan.


-Lelaki teruna akan tunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi yang gembira seperti mengetap bibir ketika senyuma manakala lelaki tiada teruna hanya memberikan reaksi bersahaja.

-Lelaki teruna tertunduk malu apabila dipandang wanita, lelaki tiada teruna akan terus mengekalkan pandangan.

-Lelaki teruna malu untuk berbicara dihadapan wanita ketika makan.

-Jantung akan berdegup laju apabila mengetahui ada gadis yang menyukainya.

-Lelaki teruna dikatakan agak ‘membosankan’ atau ‘nerd’ ketika bercinta.

-Lelaki teruna sanggup menghabiskan wangnya demi menambat hati si gadis yang di sayangi.

-Lelaki teruna terlalu sensitif dan berasa sedih sekira dirinya diabaikan.

-Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan gadis lain tidak cantik.
Pelik, tetapi itulah benar yang ditunjukkan dalam kajian tentang sikap dan diri seorang lelaki yang masih lagi teruna.

Memang susah untuk percaya lebih-lebih lagi tiada sesiapa yang mengenali diri seseorang lelaki itu melainkan dirinya sendiri.



Terpulang kepada pembaca sama ada untuk percaya atau tidak memandangkan ini hanyalah pendapat kajian.
Lain orang, lain buah fikirannya dan pegangan amalan.
Komen anda kami terima :)


sumber:http://edisikini.com



Bahana Air Kencing Tikus


Kalau benar seperti yang didakwa, penyanyi terkenal, Allahyarham Izwan Pilus adalah selebriti kedua tanah air yang meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis.
Seorang penyampai radio popular yang juga personaliti televisyen, Mior Ahmad Fuad atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi juga sebelum ini meninggal dunia kerana disyaki dijangkiti virus yang sama.
Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.
Tetapi hakikatnya, ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini.
Kita pernah dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart & Demam Canicola.
Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’ Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia. Jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika.
Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii. Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.
Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis. Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.

2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.

3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.

2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.

4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)

5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku

6) Radang selaput mata

7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Yang pasti, kita dapat mengelakkan diri daripada mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Penyakit ini boleh berlaku kepada mereka yang berkerja di ladang-ladang, sawah, penternakan binatang, di kawasan setinggan, tapak pembinaan kawasan perumahan di mana kuman itu didapati hidup di tanah atau air kotor kerana sistem saliran yang kurang memuaskan seperti air bertakung.
Mereka yang berkunjung di tempat-tempat air kotor seperti air sungai atau tasik yang tercemar turut berisiko tinggi. Ia juga boleh berleluasa semasa musim banjir apabila seseorang meredah air banjir yang telah dicemari dengan kuman Leptospira. Kuman ini memasuki badan seseorang jika terdapat luka di kaki atau di mana-mana bahagian badan.
Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit yang membawa maut sebegini. Ingat, cegah sebelum parah!


sumber:http://edisikini.com

Antara Kelebihan Makanan Pedas


5 kebaikan makanan pedas

1. Menurunkan berat badan
Menurunkan berat badan. Siapapun pasti setuju, makanan apapun kalau diberi sambal pasti akan lebih menambat selera. Kalau boleh, makanan diet anda pun mesti nak kena ada sambal. Kalau hal ini boleh membuat anda boleh menikmati makanan sihat dengan lebih berselera, kenapa tidak? Lagipun, rasa pedas itu boleh meningkatkan metabolisme anda. Kajian menunjukkan bahawa bahan utama dalam cili, iaitu kapsaisin, memiliki efek termogenik yang boleh menyebabkan tubuh membakar kalori ketika mengunyah selama 20 minit.
2. Menyihatkan jantung
Menyehatkan jantung. Hasil kajian juga menunjukkan, budaya makan makanan pedas menyebabkan insiden serangan jantung dan stroke menjadi lebih rendah. Alasannya, cili merah boleh mengurangkan kesan dari kolesterol yang berat, sedangkan kapsaisin pula boleh melawan peradangan. Keduanya merupakan faktor risiko untuk masalah jantung.

3. Mencegah kanser
Mencegah kanser. Menurut American Association for Cancer Research, kapsaisin juga memiliki kemampuan untuk membunuh beberapa sel kanser dan leukimia. Sedangkan kunyit, yang dijadikan bahan dalam kari dan mustard, boleh memperlambatkan proses penyebaran kanser dan pertumbuhan tumor. Untuk memberikan hasil semaksima mungkin, campurkan dengan lada hitam untuk menyerap kunyit 2.000 peratus lebih banyak.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurunkan tekanan darah. Vitamin A dan C mampu menguatkan dinding otot jantung, sementara panas dari lada meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh. Kombinasi ini boleh menghasilkan sistem kardiovaskular yang lebih kuat.
5. Mengurangkan stress
Mengurangkan stress. Makanan pedas boleh meningkatkan produksi hormon yang memberi rasa ketenangan, seperti serotonin. Hasilnya, makanan ini mampu membantu mengurangkan depresi dan stress.


sumber:http://edisikini.com

Kesan Dan Keburukan Peluh Berlebihan

Berpeluh setelah melakukan aktiviti fizikal atau olahraga adalah hal yang wajar. Tetapi apa jadinya jika Anda berpeluh justru ketika tidak melakukan aktiviti dan sedang santai?


Jika Anda menderita masalah peluh berlebih, maka Anda tidak sendirian. Sekitar 2 peratus dari populasi dunia menderita gangguan yang disebut hiperhidrosis atau istilah keadaan perubatan untuk berpeluh berlebihan. Ini adalah keadaan di mana beberapa bagian tubuh berpeluh lebih banyak dari keperluan fisiologis tubuh.
Umumnya, berpeluh adalah penting dan proses semulajadi pada tubuh. Berpeluh dapat membantu dalam mengendalikan tingkat suhu dan air pada tubuh. Tetapi pada orang yang memiliki hiperhidrosis, mereka cenderung berpeluh berlebihan dari semua bagian tubuh seperti ketiak, tangan, dahi dan wajah.
Penyebab peluh berlebihan dapat bervariasi berdasarkan fungsional, emosional, faktor sosial dan psikologis. Keadaan ini muncul kerana sebagian dari sistem saraf simpatik, bagian otonomi dari sistem saraf, mengalami peningkatan denyut jantung, tingkat kecemasan dan tekanan darah, sehingga punca keluarnya peluh.
Meski terlihat biasa, namun Anda harus tetap berhati-hati. Pasalnya, peluh berlebihan dapat menjadi punca komplikasi berbagai penyakit seperti berikut ini :

Infeksi kulat kuku
Orang dengan peluh berlebihan terdedah terhadap berbagai jenis infeksi kulat. Hal ini disebabkan kulat sangat mudah berkembang dalam keadaan lingkungan yang hangat, lembab, seperti misalnya peluh di kasut. Itulah sebabnya mengapa Anda cenderung akan lebih mudah untuk mengalami infeksi pada kuku. Munculnya infeksi kuku umumnya ditandai dengan bintik putih atau kuning di bawah hujung kuku Anda. Infeksi kulat pada kuku dapat membuat kulit kuku hitam dan menebal. Bahkan pada keadaan yang lebih lanjut, kuku boleh tanggal dan kulit di sekitarnya menjadi merah dan bengkak. Tak jarang, keadaan ini juga menyebabkan sedikit bau tak enak.

Infeksi bakteria dan kutil
Hiperhidrosis dapat menyumbang terhadap infeksi bakteria, terutama di sekitar folikel rambut atau antara jari kaki. Hal ini sangat berkait dengan kemunculan kutil. Bila Anda memiliki hiperhidrosis, mungkin perlu waktu agak lama untuk menghilangkannya.

Konsekuensi sosial dan emosional
Orang dengan hiperhidrosis biasanya memiliki peluh berlebihan pada telapak tangan dan kaki. Keadaan tak jarang menimbulkan bau tidak sedap yang pada akhirnya secara signifikan berpengaruh pada psikologis, konsekuensi sosial, dan pekerjaan.

Keadaan kulit lainnya
Keadaan kulit tertentu seperti ruam kulit, terjadi lebih sering pada orang dengan hiperhidrosis. Peluh berlebihan juga dapat memperburuk peradangan kulit.


sumber:http://edisikini.com

Tanda-Tanda Wanita Masih Dara Atau Tidak


 Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas. Dahi Yang Berkedut, Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.
Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.
Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.
Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.
Inilah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.
Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.
Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.
Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.
Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.
Telinga
Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.
Hidung
Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).


sumber:http://edisikini.com


Friday 17 February 2012

Kanak-Kanak Lelaki Tumbuh Tanduk Pada Dahi


Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa berdepan dengan hari-hari sukar selama empat bulan apabila kepalanya ditumbuhi ‘tanduk’.
George Ashman (gambar), 5, dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah terang di dahinya dan khuatir akan dibuli serta diejek apabila besar kelak, ibunya, Karen, 33, membuat keputusan untuk membuang tanda tersebut.
Sehubungan itu, Ashman menjalani pembedahan bagi menegangkan kulitnya supaya tanda lahir tersebut dapat dibuang.
Ketika proses pembedahan, doktor memasukkan dua tisu bagi menegangkan kulit kanak-kanak itu dan ia akan mengembang secara beransur-ansur sehingga terbentuk seperti tanduk.
“Pertama kali melihat kepalanya ditumbuhi tanduk, saya amat terkejut kerana mukanya yang kecil dan comel kelihatan seperti ‘syaitan’,” kata ibunya kepada The Sun.
Namun, selepas empat bulan pemakaian tisu tersebut, implan itu dikeluarkan semula dan kulit Ashman kembali normal malah hanya meninggalkan parut kecil.


 Dalam pada itu, Karen menyatakan sepanjang tempoh anaknya ditumbuhi tanduk, orang ramai sering mencemuh mereka berhubung keganjilan itu.
sumber: http://www.edisikini.com