Pages

Thursday 27 March 2014

Keperibadian Seseorang

Keperibadian seseorang merupakan salah satu cermin atau imej seseorang itu.  Ia diukur melalui beberapa perkara.  Perkara pertama ialah;

  1. Percakapan 
Percakapan atau tutur kata adalah suatu perkara yng amat penting.  Ia begitu penting sehingga ianya cuba diterapkan oleh Baginda S.A.W.  Banyak kali jika di teliti sirah Baginda S.A.W ada menitik beratkan dalam tutur bicara.  Tutur bicara ialah suatu perkara yang besar dan ia boleh memberi kesan yang mendalam.  Jika dilihat pada perkembangan islam terdahulu ramai pengikut islam terawal tertarik dengan islam disebabkan Baginda S.A.W pandai menjaga tutur kata Baginda dan sopan Baginda.  Telah kita ketahui bahawa bangsa arab adalah suatu bangsa yang kasar dalam perbuatannya.  Tapi berbeza dengan Rasulullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti dan tuturkata yang mulia.Allahuakbar.  Mulianya Rasulullah S.A.W.  Tapi apa yang kita lihat sekarang ialah banyak sudah tutur kata lembut dan sopan santun kian hilang ditelan zaman.  Walaupun bangsa melayu terkenal dengan adat sopannya tapi sekarang ia kian pupus.  Sebabnya kita sendiri mengetahuinya.  Pertama pengaruh dengan muzik, budaya luar.  Buktinya boleh di lihat dalam tiapan lirik lagu luar dan skrip cerita negara luar.  Kebanyakkannya selalu menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan kasar.  Begitulah kuatnya pengaruh dalam budaya kita.   Maka lahirlah bangsa melayu yang hilang identiti sebenarnya.

    2   Ilmu
Ilmu atau pengetahuan adalah satu sumber penting dalam pembangunan sosial dan negara.  Perkara ilmu telah berkurun disebut oleh cendikiawan dulu kala.  Tapi sayangnya kita hanya belajar sejarah tapi kita tidak mengambil pengajaran dari sejarah.  Perkara paling pelik ialah kita mempunyai Kitabulallah atau kitab dari Allah S.W.T tapi kita masih mundur.  Jauh terkebelakang.  Bukan kah kita ini makhluk yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mewarisi kitabNya?  Kenapa kita masih mundur?kenapa kita dijajah?kenapa kita diperbodohkan?kenapa kita mengikuti makhluk lain yang tidak beri kitab Allah S.W.T?Kenapa?  Bukankah dahulu kita adalah pemimpin dunia?  Pemimpin yang mengoncangkan dunia dari pelbagai sudut.  Dari bidang kejuruteraan, perubatan, seni, ekonomi, peperangan, sosial dan budaya.  Kenapa kita jatuh?  Kita berilmu tapi kita tidak berfikir.  Kenapa Tuhan turunkan Al-Quran dalam bahasa arab?dan kenapa semasa awal kemashuran islam, kerajaan besar lain tidak mampu bangkit?fikirkan sejenak kenapa itu semua berlaku.  Berilmu tapi tidak berfikir..

     3.   Idea Dan Buah Fikiran
Idea dan buah fikiran ialah salah satu kelemahan yang ada pada kita.  Kita tidak suka berfikir kearah dunia baru yang mampu kita cipta yang mendaulatkan islam, dan negara.  Kita suka mengikut dari memimpin.  Itulah sikap kita.  Perkara itu telah lama terjadi.  Kita suka mempersendakan idea orang yang cuba bangkit dari sikap kebiasaan untuk menjadi keluarbiasaan.  Contohnya kita lah bangsa pertama didunia mencipta sendikata yang berbunyi "angan-angan mat jenin".  Cuba lihat didunia luar.  Ada ke tidak sendikata atau pepatah seperti ini.  Kenapa kita selalu sebut pasal angan-angan mat jenin?  Sebab kita tidak berfikir sebelum cakap dan kita suka persendakan orang lain.  Lebih-lebih bangsa sendiri.  Bila bangsa lain memekak telinga kita pula bising menyatakan mereka bodoh sombong.  Tapi akhirnya yang berjaya siapa?mereka atau kita?kita menjadi hamba di tanah air sendiri.  Pasal angan-angan mat jenin, memang cukup menarik untuk dibincangkan.  Cuba tanya oliver wright.  Apa membuatkan mereka mendapat idea untuk membuat manusia terbang.  Perkara itu terjadi sebab mereka melihat burung ternang diawan yang tinggi.  Mereka berkata suatu hari mereka ingin terbang.  Cuba bayangkan mereka di kalangan bangsa kita.  Apa kita akan cakap.  Angan-angan mat jenin.  Dan kesudahannya?  Tiadalah kapal terbang, jet semua tu.  Sekarang kita mendapat manfaat dari idea mereka yang membuat pembaharuan dari segi teknologi dan kemanusiaan.  

Itu lah kita.  Tulisan hamba ini adalah semata untuk meluahkan pandangan dan berkongsi dengan semua.  Bukan niat hamba ingin menunjuk dan sombong.  Hamba ingin meluahkan isi hati hamba seorang pelajar biasa.  Hamba insan yang lemah dan kelemahan itu cuba hamba atasi untuk bangun menegakkan Agama hamba.  Jika ada insan yang tinggi ilmunya minta diberi pandangan yang baik untuk hamba belajar.  Assalamuaikum..


Saturday 22 March 2014

Perjalanan Sang Coretan Hati

Mengenal, mengetahui, memahami, janji setia, ukiran cantik bibit-bibit cinta indah bagaikan karangan indah di kalungan sang rembulan.  Perkenalan membawa maksud yang indah, menyemai mesra janji setia, mengukir kedasar lautan dalam kata azimat cinta. Menolak tiapan kekurang pasangan yang tiada.Tiada kelemahan yang dapat menandingi kehebatan janji.Janji yang diukir begitu indah.Sehinggakan diri terlupa beberapa perkara penting.Ucapan janji tidak mampu menjamin segalanya.Ianya tidak kekal, sehabisnya nyawa, hilanglah ia.Menyepi bagaikan angin membawa debu sedikit yang kekeringan.Perkenalan selama bertahunan bahkan sehingga setengah dekad tidak menjaminkan.Begitu lah jua diri yang membuat janji indah dulu,berpegang pada janji tapi ianya hancur.Ianya haus dimamah oleh sang keduniaan yang melahap segalanya.Harta adalah punca keretakan.Bukan engkau berjanji berjuang dengan aku sepenuhnya tatkala aku telah lelah memperjuangkan perjuangan kerna ingin menrealisasikan impian kita.Dimana janji yang telah dibuat?kemana sumpah kita?diri berjanji tidak memarahi mu sehingga kini diri masih mematuhinya.Tiapan kata yang digariskan oleh diri bukan untuk diri,tapi untuk engkau yang telah beraja dihati.Kerna ingin engkau dilihat mulia sesuci rembulan putih yang tiada cacat celanya.Betapa engkau sanggup lupakan segalanya.Kiasan kata diri ungtaikan untuk mencerminkan rasa hati.Biarpun diri tahu yang ianya akan kekal disini sentiasa, tapi ianya cukup untuk memamirkan rasa hati.Ikhlas hati diri bercakap, berkata-kata dan membuat tangan menulis sesuatu yang indah untuk engkau.Bukan paksaan, bukan mainan kata tapi ianya hany ikhlas untuk kamu.Telah diri sediakan rangkapan puisi indah yang diri kaitkan khas untuk engkau,bait-bait kata-kata semua adalah tersusun indah buat mu;

mengitung indah hari
berdiam seketika memandang jauh lautan
datangnya kamu membawa litupan pandangan
mengajar erti segala kata manis cinta rindu
membuat diri leka akannya
mengukir janji yang indah
memahat hatiku dengan kata cinta indah
seperti sang mentari diliputi renbulan
memantul chayanya kebumi dengan cahaya dingin
tiada kata mampu ku luahkan
tiada dunia lagi mampu ku berdiri
menyatakan kegembiraan
tatkala masa ditelah arus
liputan terus menebal
hati ku kian kukuh
ku berjuang dengan nyawaku
tiadanya lain bukan
hanya menunaikan impian mu
aku tiada peduli akan kata sumbang orang
aku tiada endah akan duri mencucuk diri
berdiri berdarah kesakitan tiada mampu diperkatakan
hilang begitu sahaja semata mengenang engkau
impian yang satu
membawa senyuman yang indah di wajahmu
itu sudah memadai bagi aku
cuma hargailah aku
ianya seperti memberi petrol kepada kendaraan
untuk menerokai mengukir luas
kata cinta aku pada diri mu