Pages

Sunday 18 December 2011

‘Sayalah yang perkenal Auku’

SHAH ALAM – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan jika hari ini penuntut universiti lebih dewasa dan bertanggungjawab, batalkan sahaja Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
 
Dr Mahathir mengakui beliaulah yang memperkenalkan Auku semasa menjadi Menteri Pelajaran.
 
Menurutnya, penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapatnya kerana penuntut Melayu amat marah mengenai Auku.
 
“Saya rela dimarahi sesiapa sahaja, tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan Auku.
 
“Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya,” katanya yang dipetik dari laman blognya, chedet.cc/blog pada 2008.
 
Menurutnya, pengorbanan dipohon daripada penuntut hanya sedikit. Masa menuntut tidak begitu lama, hanya tiga atau empat tahun.
 
“Setelah lulus, tumpukan sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika menjadi minat utama kerana pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh sendiri.
 
“Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik lebih baik,” katanya.
 
Beliau berkata, jika kita sanggup menghabiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela menggunakan duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar.
 
“Maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita,” katanya.
 
Menurutnya, penuntut Melayu berminat de­ngan kegiatan politik dan suka melibatkan diri dengan demons­trasi jalanan serta aktiviti politik lain yang mengambil masa mereka di universiti.
 
“Tindakan sedemikian menyebabkan tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang dan ianya merugikan mereka dan masya­rakat Melayu jika mereka gagal.
 
“Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka menjadi kurang berpengetahuan dalam bidang politik. Tidak juga,” katanya.
 
Dr Mahathir menegaskan, mereka boleh adakan forum perbahasan dalaman antara universiti dan mendapatkan pakar yang tidak mempunyai kepentingan politik untuk memberi syarahan dan sesi soal jawab.
 
“Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti berparti, mereka boleh menguasai dan memahami politik.
 
“Kegiatan seperti ini, tidak memisahkan mereka daripada menumpukan masa me­nguasai ilmu,” katanya.
 
Beliau berkata, harus di­ingat bahawa pembiayaan bagi setiap penuntut sama ada yang mendapat biasiswa atau tidak, datang daripada duit rak­yat. Duit itu disalurkan de­ngan rela hati kepada mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut mereka yang akan menjamin masa depan cerah bagi mereka.
 
“Jika dilihat selepas 15 tahun merdeka, bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai terutamanya Melayu.
 
“Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain- lain ahli profesional adalah kecil dan ia amat menyedihkan,” katanya.
 
Menurutnya, setelah Da­sar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, maka jumlah penuntut di tiga universiti tempatan sudah bertambah. Ttetapi kemasukan sahaja tidak dapat menambah jumlah Melayu berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperoleh ijazah.
 
“Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai pe­nuntut Melayu dan Bumi­putera lain hanya diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu,” katanya.
 
sumber:sinar harian dec 19 2011

Langsuir bertenggek dirakam

HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.

Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.

Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya.

sumber:sinar harian Dec 19 2011

Saturday 17 December 2011

Gua Tengkorak

    Gua Tengkorak di LOndon,Britain.Gua ini terletak di kuari Hodge Close.Ia merupakan gua yang paling ngeri dan menakutkan di britain.Sinonim dengan rupa dan bentuknya, gua di tasik kuari terbengkalai berhampiran Coniston, Cumbria, juga dipercayai berbahaya kerana telah menelan nyawa beberapa penyelam.

Kolam tersebut mencapai kedalaman 25 meter dan mempunyai terowong sepanjang dua meter persegi. Tempat yang popular di kalangan penyelam itu difahamkan menelan sekurang-kurangnya tiga nyawa sehingga tahun lalu.

Jurugambar, Peter Bardsley memberitahu, mangsa-mangsa yang terbunuh di situ menemui ajal di dalam terowong yang dipenuhi air selain menyebabkan mereka terjgelincir ke bawah.

"Saya hanya sedar rekfleksi imej tengkorak ini sewaktu menghasilkan gambar selepas pulang dari menyelam," kata Bardsley.

sumber:sinar harian December 17, 2011

Saturday 26 November 2011

Kain pasang

Lagi jenis kain pasang sutera.

Kain Pasang

Pelbagai aneka pilihan dengan corak dan warna yang neutral siap untuk di tempah

Jubah

Mempunyai pelbagai pilihan yang menarik untuk di tempah

Jubah Siap

Jubah yang siap dengan pelbagai pilihan warna,corak dan saiz.boleh di dapati dalam sutera crepe.

Blaus

Mempunyai pelbagai jenis warna,design,saiz.Juga mempunyai 2 jenis kain iaitu sutera crepe dan chiffon

Pop2 boat

Steam boat for demo bagaimana engine stim mampu mengerakkan objek dan menunjukkan prinsip radiator berfungsi..Enjoy

Kemeja Lelaki Siap

Kemeja lelaki yang siap dengan pelbagai design

Awang Larat And Modern Art

Kami juga menerima tempahan untuk menbuat pakaian kerajaan atau intitusi

Seri Jeans Aqua

Pelbagai jenis design dan jenis sutera yang berkualiti

Design yang di buat akan mengikuti kehendak pelanggan sekiranya mempunyai design atau tema tertentu

Harimau

sutera crepe dengan exclusive design dari batras designer

Nik irfan syahmi nik omar

pembekal kain sutera di malaysia