Pages

Thursday 25 June 2015

Kelam kelabu malam

Semalam adalah sejarah hari ini,
Yang tiada akan memberi masa kembali,
Duduk termaku terpaku terdiam,
Menyesali titipan hidup yang kelepasan,
Seakan tidak satunya berubah,
Masa berjalan larian laju,
Seakan tiada menunggu kita kebelakang,
Menghilang tiada bermakna,
Berdepan berhadap menangkis,
Serangan dengan serangan,
Duka demi duka sempuh,
Yang menduga keutuhan diri,
Mencabar kemandirian diri,
Mematangkan akal fikiran,
Aku terdiam,
Mendiam memerhati,
Akan resah resah rencah,
Dengan sikap perangai manusia sejagat,
Termenung aku terjendela...
-Jumaat,26 Jun 2015-

Monday 23 June 2014

Injection Molding Process-This Make Our World Colorful

    Salam semua.  Hari ini akan diterangkan serba sedikit tentang proses 'injection molding'.  'Injection molding' adalah salah satu teknik penghasilan produk plastik.  Ada beberapa teknik yang sering diguna pakai seperti 'blow molding' dan banyak lagi.  Untuk hari ini pelajaran ialah penghasilan plastik produk menguna pakai teknik injection molding.  

    Injection molding adalah teknik yang sering diguna pakai sekarang.  Teknik ini adalah menyuntik masuk plastik kedalam mold untuk membentuk produk plastik.  Gambar dibawah menunjukkan step atau langkah2 untuk injection molding.  Produk yang kami buat adalah keychain berbentuk logo MAS 370 sempena memperingati misteri kapal terbang berkenaan.

    Langkah pertama adalah, lukisan bentuk model didalam perisian solidwork.  Ini bertujuan supaya dapat melihat dan mengagak keadaan size sebenar produk yang terhasil.  Ia juga penting untuk langkah selepas itu; 


Gambar diatas menunjukkan model yang dilukis didalam perisian solidwork.  Selepas siap dilukis, lukisan itu dipindah ke dalam mastercam.  Mastercam ialah perisian untuk mengawal mesin yang akan memotong blok menjadi bentuk yang diset kan.  Gambar dibawah menunjukkan semua langkah2;

Setting mesin CNC dengan memasukkan coding,


Mesin CNC sedang menjalankan pemotongan blok,


Adjustment blok untuk size yang tepat,


Pengukuran insert pada mold,


Insert yang siap dipotong mengunakan CNC mesin,


Insert yang siap dipasang pada mold,


Pemasangan mold pada mesinn injection molding,


Produk yang dihasilkan,


Produk yang dihasilkan menggunakan teknik injection molding,


Produk yang dihasilkan mengalami beberapa defect/kecacatan.  Ini disebabkan beberapa perkara seperti pemesinan tidak rata, suhu, tekanan, keadaan mesin injection molding, dan pembancuhan warna.  Daripada itu kami semua menyiasat beberapa solution yang dapat dibuat.  So setakat itu sahaja.  Sebarang pertanyaan sila komen dibawah.....Thanks..

Thursday 27 March 2014

Keperibadian Seseorang

Keperibadian seseorang merupakan salah satu cermin atau imej seseorang itu.  Ia diukur melalui beberapa perkara.  Perkara pertama ialah;

  1. Percakapan 
Percakapan atau tutur kata adalah suatu perkara yng amat penting.  Ia begitu penting sehingga ianya cuba diterapkan oleh Baginda S.A.W.  Banyak kali jika di teliti sirah Baginda S.A.W ada menitik beratkan dalam tutur bicara.  Tutur bicara ialah suatu perkara yang besar dan ia boleh memberi kesan yang mendalam.  Jika dilihat pada perkembangan islam terdahulu ramai pengikut islam terawal tertarik dengan islam disebabkan Baginda S.A.W pandai menjaga tutur kata Baginda dan sopan Baginda.  Telah kita ketahui bahawa bangsa arab adalah suatu bangsa yang kasar dalam perbuatannya.  Tapi berbeza dengan Rasulullah S.A.W yang mempunyai budi pekerti dan tuturkata yang mulia.Allahuakbar.  Mulianya Rasulullah S.A.W.  Tapi apa yang kita lihat sekarang ialah banyak sudah tutur kata lembut dan sopan santun kian hilang ditelan zaman.  Walaupun bangsa melayu terkenal dengan adat sopannya tapi sekarang ia kian pupus.  Sebabnya kita sendiri mengetahuinya.  Pertama pengaruh dengan muzik, budaya luar.  Buktinya boleh di lihat dalam tiapan lirik lagu luar dan skrip cerita negara luar.  Kebanyakkannya selalu menggunakan perkataan yang tidak sesuai dan kasar.  Begitulah kuatnya pengaruh dalam budaya kita.   Maka lahirlah bangsa melayu yang hilang identiti sebenarnya.

    2   Ilmu
Ilmu atau pengetahuan adalah satu sumber penting dalam pembangunan sosial dan negara.  Perkara ilmu telah berkurun disebut oleh cendikiawan dulu kala.  Tapi sayangnya kita hanya belajar sejarah tapi kita tidak mengambil pengajaran dari sejarah.  Perkara paling pelik ialah kita mempunyai Kitabulallah atau kitab dari Allah S.W.T tapi kita masih mundur.  Jauh terkebelakang.  Bukan kah kita ini makhluk yang dipilih oleh Allah S.W.T untuk mewarisi kitabNya?  Kenapa kita masih mundur?kenapa kita dijajah?kenapa kita diperbodohkan?kenapa kita mengikuti makhluk lain yang tidak beri kitab Allah S.W.T?Kenapa?  Bukankah dahulu kita adalah pemimpin dunia?  Pemimpin yang mengoncangkan dunia dari pelbagai sudut.  Dari bidang kejuruteraan, perubatan, seni, ekonomi, peperangan, sosial dan budaya.  Kenapa kita jatuh?  Kita berilmu tapi kita tidak berfikir.  Kenapa Tuhan turunkan Al-Quran dalam bahasa arab?dan kenapa semasa awal kemashuran islam, kerajaan besar lain tidak mampu bangkit?fikirkan sejenak kenapa itu semua berlaku.  Berilmu tapi tidak berfikir..

     3.   Idea Dan Buah Fikiran
Idea dan buah fikiran ialah salah satu kelemahan yang ada pada kita.  Kita tidak suka berfikir kearah dunia baru yang mampu kita cipta yang mendaulatkan islam, dan negara.  Kita suka mengikut dari memimpin.  Itulah sikap kita.  Perkara itu telah lama terjadi.  Kita suka mempersendakan idea orang yang cuba bangkit dari sikap kebiasaan untuk menjadi keluarbiasaan.  Contohnya kita lah bangsa pertama didunia mencipta sendikata yang berbunyi "angan-angan mat jenin".  Cuba lihat didunia luar.  Ada ke tidak sendikata atau pepatah seperti ini.  Kenapa kita selalu sebut pasal angan-angan mat jenin?  Sebab kita tidak berfikir sebelum cakap dan kita suka persendakan orang lain.  Lebih-lebih bangsa sendiri.  Bila bangsa lain memekak telinga kita pula bising menyatakan mereka bodoh sombong.  Tapi akhirnya yang berjaya siapa?mereka atau kita?kita menjadi hamba di tanah air sendiri.  Pasal angan-angan mat jenin, memang cukup menarik untuk dibincangkan.  Cuba tanya oliver wright.  Apa membuatkan mereka mendapat idea untuk membuat manusia terbang.  Perkara itu terjadi sebab mereka melihat burung ternang diawan yang tinggi.  Mereka berkata suatu hari mereka ingin terbang.  Cuba bayangkan mereka di kalangan bangsa kita.  Apa kita akan cakap.  Angan-angan mat jenin.  Dan kesudahannya?  Tiadalah kapal terbang, jet semua tu.  Sekarang kita mendapat manfaat dari idea mereka yang membuat pembaharuan dari segi teknologi dan kemanusiaan.  

Itu lah kita.  Tulisan hamba ini adalah semata untuk meluahkan pandangan dan berkongsi dengan semua.  Bukan niat hamba ingin menunjuk dan sombong.  Hamba ingin meluahkan isi hati hamba seorang pelajar biasa.  Hamba insan yang lemah dan kelemahan itu cuba hamba atasi untuk bangun menegakkan Agama hamba.  Jika ada insan yang tinggi ilmunya minta diberi pandangan yang baik untuk hamba belajar.  Assalamuaikum..


Saturday 22 March 2014

Perjalanan Sang Coretan Hati

Mengenal, mengetahui, memahami, janji setia, ukiran cantik bibit-bibit cinta indah bagaikan karangan indah di kalungan sang rembulan.  Perkenalan membawa maksud yang indah, menyemai mesra janji setia, mengukir kedasar lautan dalam kata azimat cinta. Menolak tiapan kekurang pasangan yang tiada.Tiada kelemahan yang dapat menandingi kehebatan janji.Janji yang diukir begitu indah.Sehinggakan diri terlupa beberapa perkara penting.Ucapan janji tidak mampu menjamin segalanya.Ianya tidak kekal, sehabisnya nyawa, hilanglah ia.Menyepi bagaikan angin membawa debu sedikit yang kekeringan.Perkenalan selama bertahunan bahkan sehingga setengah dekad tidak menjaminkan.Begitu lah jua diri yang membuat janji indah dulu,berpegang pada janji tapi ianya hancur.Ianya haus dimamah oleh sang keduniaan yang melahap segalanya.Harta adalah punca keretakan.Bukan engkau berjanji berjuang dengan aku sepenuhnya tatkala aku telah lelah memperjuangkan perjuangan kerna ingin menrealisasikan impian kita.Dimana janji yang telah dibuat?kemana sumpah kita?diri berjanji tidak memarahi mu sehingga kini diri masih mematuhinya.Tiapan kata yang digariskan oleh diri bukan untuk diri,tapi untuk engkau yang telah beraja dihati.Kerna ingin engkau dilihat mulia sesuci rembulan putih yang tiada cacat celanya.Betapa engkau sanggup lupakan segalanya.Kiasan kata diri ungtaikan untuk mencerminkan rasa hati.Biarpun diri tahu yang ianya akan kekal disini sentiasa, tapi ianya cukup untuk memamirkan rasa hati.Ikhlas hati diri bercakap, berkata-kata dan membuat tangan menulis sesuatu yang indah untuk engkau.Bukan paksaan, bukan mainan kata tapi ianya hany ikhlas untuk kamu.Telah diri sediakan rangkapan puisi indah yang diri kaitkan khas untuk engkau,bait-bait kata-kata semua adalah tersusun indah buat mu;

mengitung indah hari
berdiam seketika memandang jauh lautan
datangnya kamu membawa litupan pandangan
mengajar erti segala kata manis cinta rindu
membuat diri leka akannya
mengukir janji yang indah
memahat hatiku dengan kata cinta indah
seperti sang mentari diliputi renbulan
memantul chayanya kebumi dengan cahaya dingin
tiada kata mampu ku luahkan
tiada dunia lagi mampu ku berdiri
menyatakan kegembiraan
tatkala masa ditelah arus
liputan terus menebal
hati ku kian kukuh
ku berjuang dengan nyawaku
tiadanya lain bukan
hanya menunaikan impian mu
aku tiada peduli akan kata sumbang orang
aku tiada endah akan duri mencucuk diri
berdiri berdarah kesakitan tiada mampu diperkatakan
hilang begitu sahaja semata mengenang engkau
impian yang satu
membawa senyuman yang indah di wajahmu
itu sudah memadai bagi aku
cuma hargailah aku
ianya seperti memberi petrol kepada kendaraan
untuk menerokai mengukir luas
kata cinta aku pada diri mu

Thursday 26 September 2013

( IKLAN ) :UMP-PRINTING SERVICES

PRINTING SERVICES AT BLOK D KOLEJ KEDIAMAN 5
D2-303 DAN D2-302
DISINI KAMI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PRINTING PAPER WORK, ASSIGNMENT DAN LAIN2 LAGI YANG BERSAIZ A4..... CONTACTS US OR VISIT US HERE....THANKS...




Friday 24 May 2013

Sorrow Loverkiller-Sejarah Android & Infografik Sejarah Android

Sejak Google mengambil-alih Android pada tahun 2005, semestinya ianya telah membawa pelbagai perubahan, menjadikannya kini salah satu sistem operasi terkemuka, dengan pelancaran Android Ice Cream yang semakin dekat. Menariknya, kini salah seorang pembangun telah menyediakan dan memperlihatkan infografik ringkas Android dari awal hingga ke hari ini.


Latar Belakang Android 

Android adalah sebuah sistem operasi untuk berbagai perangkat mobile seperti handphone, netbook, dan komputer tablet. Sistem operasi ini dikembangkan oleh Google Inc dengan berbasis kernel Linux versi 2.6 dan berbagai perangkat lunak dari GNU yang bersifat Open Source. Pada awalnya, 
Android dikembangkan oleh perusahaan Android Inc. namun kemudian perusahaan tersebut diakuisisi oleh Google sehingga menjadi produk   Google. Sekarang   ini   pengembangan Android ditentukan oleh sebuah konsorsium bernama Open Handset Alliance (OHA) yang terdiri atas berbagai vendor perangkat mobile, komputer, dan telekomunikasi seperti   Intel, Nvidia, Google, Samsung, Sprint, T-Mobile, Motorola, LG, Sony Ericsson, Toshiba, Vodafone, serta masih banyak yang lain dan anggotanya terus bertambah.
Karena Android bersifat Open Source dan mempunyai lisensi  Apache yang sangat terbuka dan bebas, maka Android menjadi sistem operasi yang sangat populer bagi berbagai produsen perangkat mobile.

Kerjasama dengan Android Inc.
Pada Juli 2000, Google bekerjasama dengan Android Inc., perusahaan yang berada di Palo Alto, California Amerika Serikat. Para pendiri Android Inc. bekerja pada Google, di antaranya Andy Rubin, Rich Miner, Nick Sears, dan Chris White. Saat itu banyak yang menganggap fungsi Android Inc. hanyalah sebagai perangkat lunak pada telepon seluler. Sejak saat itu muncul rumor bahwa Google hendak memasuki pasar telepon seluler. Di perusahaan Google, tim yang dipimpin Rubin bertugas mengembangkan program perangkat seluler yang didukung oleh kernel Linux. Hal ini menunjukkan indikasi bahwa Google sedang bersiap menghadapi persaingan dalam pasar telepon seluler.
Versi Android terbaru yaitu versi 5 Android juga sudah bergabung dengan beberapa smart mobile seperti Samsung, Sony Ericsson, LG dan lainnya.

2007-2008: Produk awal
Sekitar September 2007 sebuah studi melaporkan bahwa Google mengajukan hak paten aplikasi telepon seluler (akhirnya Google mengenalkan Nexus One, salah satu jenis smart phone GSM yang menggunakan Android pada sistem operasinya. Telepon seluler ini diproduksi oleh HTC Corporation dan tersedia di pasaran pada 5 Januari 2010).
Pada 9 Desember 2008, diumumkan anggota baru yang bergabung dalam program kerja Android ARM Holdings, Atheros Communications, diproduksi oleh Asustek Computer Inc, Garmin Ltd, Softbank, Sony Ericsson, Toshiba Corp, dan Vodafone Group Plc. Seiring pembentukan Open Handset Alliance, OHA mengumumkan produk perdana mereka, Android, perangkat bergerak (mobile) yang merupakan modifikasi kernel Linux 2.6. Sejak Android dirilis telah dilakukan berbagai pembaruan berupa perbaikan bug dan penambahan fitur baru.
Telepon pertama yang memakai sistem operasi Android adalah HTC Dream, yang dirilis pada 22 Oktober 2008. Pada penghujung tahun 2009 diperkirakan di dunia ini paling sedikit terdapat 18 jenis telepon seluler yang menggunakan Android.


Android versi 1.1
Pada 9 Maret 2009, Google merilis Android versi 1.1. Android versi ini dilengkapi dengan pembaruan estetis pada aplikasi, jam alarm, voice search (pencarian suara), pengiriman pesan dengan Gmail, dan pemberitahuan email.


Android versi 1.5 (Cupcake)
Pada pertengahan Mei 2009, Google kembali merilis telepon seluler dengan menggunakan Android dan SDK (Software Development Kit) dengan versi 1.5 (Cupcake). Terdapat beberapa pembaruan termasuk juga penambahan beberapa fitur dalam seluler versi ini yakni kemampuan merekam dan menonton video dengan modus kamera, mengunggah video ke Youtube dan gambar ke Picasa langsung dari telepon, dukungan Bluetooth A2DP, kemampuan terhubung secara otomatis ke headset Bluetooth, animasi layar, dan keyboard pada layar yang dapat disesuaikan dengan sistem.


Android versi 1.6 (Donut)
Donut (versi 1.6) dirilis pada September dengan menampilkan proses pencarian yang lebih baik dibanding sebelumnya, penggunaan baterai indikator dan kontrol applet VPN. Fitur lainnya adalah galeri yang memungkinkan pengguna untuk memilih foto yang akan dihapus; kamera, camcorder dan galeri yang dintegrasikan; CDMA / EVDO, 802.1x, VPN, Gestures, dan Text-to-speech engine; kemampuan dial kontak; teknologi text to change speech (tidak tersedia pada semua ponsel; pengadaan resolusi VWGA.


Android versi 2.0/2.1 (Eclair)
Pada 3 Desember 2009 kembali diluncurkan ponsel Android dengan versi 2.0/2.1 (Eclair), perubahan yang dilakukan adalah pengoptimalan hardware, peningkatan Google Maps 3.1.2, perubahan UI dengan browser baru dan dukungan HTML5, daftar kontak yang baru, dukungan flash untuk kamera 3,2 MP, digital Zoom, dan Bluetooth 2.1.
Untuk bergerak cepat dalam persaingan perangkat generasi berikut, Google melakukan investasi dengan mengadakan kompetisi aplikasi mobile terbaik (killer apps - aplikasi unggulan). Kompetisi ini berhadiah $25,000 bagi setiap pengembang aplikasi terpilih. Kompetisi diadakan selama dua tahap yang tiap tahapnya dipilih 50 aplikasi terbaik.
Dengan semakin berkembangnya dan semakin bertambahnya jumlah handset Android, semakin banyak pihak ketiga yang berminat untuk menyalurkan aplikasi mereka kepada sistem operasi Android. Aplikasi terkenal yang diubah ke dalam sistem operasi Android adalah Shazam, Backgrounds, dan WeatherBug. Sistem operasi Android dalam situs Internet juga dianggap penting untuk menciptakan aplikasi Android asli, contohnya oleh MySpace dan Facebook.


Android versi 2.2 (Froyo: Frozen Yoghurt)
Pada 20 Mei 2010, Android versi 2.2 (Froyo) diluncurkan. Perubahan-perubahan umumnya terhadap versi-versi sebelumnya antara lain dukungan Adobe Flash 10.1, kecepatan kinerja dan aplikasi 2 sampai 5 kali lebih cepat, intergrasi V8 JavaScript engine yang dipakai Google Chrome yang mempercepat kemampuan rendering pada browser, pemasangan aplikasi dalam SD Card, kemampuan WiFi Hotspot portabel, dan kemampuan auto update dalam aplikasi Android Market.


Android versi 2.3 (Gingerbread)
Pada 6 Desember 2010, Android versi 2.3 (Gingerbread) diluncurkan. Perubahan-perubahan umum yang didapat dari Android versi ini antara lain peningkatan kemampuan permainan (gaming), peningkatan fungsi copy paste, layar antar muka (User Interface) didesain ulang, dukungan format video VP8 dan WebM, efek audio baru (reverb, equalization, headphone virtualization, dan bass boost), dukungan kemampuan Near Field Communication (NFC), dan dukungan jumlah kamera yang lebih dari satu.


Android versi 3.0/3.1 (Honeycomb)
Android Honeycomb dirancang khusus untuk tablet. Android versi ini mendukung ukuran layar yang lebih besar. User Interface pada Honeycomb juga berbeda karena sudah didesain untuk tablet. Honeycomb juga mendukung multi prosesor dan juga akselerasi perangkat keras (hardware) untuk grafis. Tablet pertama yang dibuat dengan menjalankan Honeycomb adalah Motorola Xoom. Perangkat tablet dengan platform Android 3.0 akan segera hadir di Indonesia. Perangkat tersebut bernama Eee Pad Transformer produksi dari Asus. Rencana masuk pasar Indonesia pada Mei 2011.


Android versi 4.0 (ICS :Ice Cream Sandwich)
Diumumkan pada tanggal 19 Oktober 2011, membawa fitur Honeycomb untuk smartphone dan menambahkan fitur baru termasuk membuka kunci dengan pengenalan wajah, jaringan data pemantauan penggunaan dan kontrol, terpadu kontak jaringan sosial, perangkat tambahan fotografi, mencari email secara offline, dan berbagi informasi dengan menggunakan NFC.


Android versi 5.0 (Jelly Bean)
Untuk saat ini android versi 5.0 masih menjadi rumor atau prototype yang akan dikembangkan oleh Google Inc.  Dan sekarang ini versi android Jelly Bean telah menjadi platform setiap telefon pintar....

Infografik Sejarah Android




Sumber:http://amanz.my/2011/07/infografik-sejarah-android/
http://droid-indonesia.blogspot.com/2012/01/sejarah-android_11.html#more

Sorrow Loverkiller-Manusia Bersayap Dijumpai, Menggemparkan Dunia Maya (FOTO)

Beberapa waktu yang lalu dunia maya Guangzhou (China) di gemparkan dengan beredarnya foto manusia bersayap yang di temukan di daerah tersebut. Menurut berita yang beredar saat di temukan manusia bersayap itu sudah dalam keadaan tidak bernyawa.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya sosok misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahwa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Begitu cepatnya cerita tersebut beredar, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidiki kebenaran foto yang ramai dibicarakan oleh para pengguna Internet. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahwa Foto ini di buat dengan teknik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanya "SAYAP AYAM"










pandai betul diorang edit..kepak ayam KFC manalah diorang 'belasah' nih....

sumber:  http://www.mychannels.org/2013/01/manusia-bersayap-dijumpai-menggemparkan.html