Sunday, 1 January 2012
Demo Upsi: Peguam timbang tindakan undang-undang
SHAH ALAM - Peguam mewakili mahasiswa yang mendakwa berhadapan dengan kekerasan polis ketika mengadakan perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang.
"Saya akan ambil tindakan undang-undang, kita tak tahu, saya pun tengah ikuti perkembangan mahasiswa, ada yang ditahan, ada yang di hospital," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty.
Ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini, Fadiah Nadwa berkata seramai 17 mahasiswa, kesemuanya lelaki, telah dibebaskan pukul 5 pagi tadi. Mereka ditahan polis sekitar 2.30 pagi.
Laporan terdahulu menyebut perhimpunan sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi bertukar menjadi kekecohan.
Difahamkan lebih 100 pelajar menyertai perhimpunan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Antara yang ditahan ialah Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini,
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Razab. Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan dan keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.
Fadiah berkata, pihaknya amat kesal jika kekecohan yang berlaku awal pagi ini dicetuskan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun menurut beliau, semuanya akan diputuskan setelah pihaknya berbincang serta mendengar serta mendapatkan laporan sepenuhnya dari semua mangsa yang terlibat dalam demostrasi tersebut bagi memberi gambaran sejelasnya berhubung kejadian berkenaaan.
"Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak malah, akan mendengar cerita mahasiswa yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya kekecohan tersebut.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden ini.
"Dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Kata beliau pihaknya juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka.
"AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis," katanya lagi.
"Setelah berbincang dan laporan lengkap diterima. pihak saya tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana insiden ini telah menlibatkan imej mahasiswa yang memeperjuangkan hak mereka," kata beliau.
Menurutnya, pihaknya juga kini sedang mengikuti perkembangan mahasiswa yang dilaporkan telah ditahan dan juga telah memyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat.
Fadiah Nadwa menambah, pihaknya akan mengumumkan tindakan susulan mereka dalam masa yang terdekat.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR N. Surendran pula berkata, pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang dipercayai menggunakan kekerasan dengan menumbuk dan menendang mahasiswa ketika hendak meleraikan perhimpunan di pekarangan Upsi.
Menurutnya, tindakan anggota polis tersebut telah menyalahi undang-undang kerana mahasiswa terbabit dikatakan hanya mahu menghantar memorandum kepada pihak Upsi dan oleh itu, pihak polis tidak sepatutnya bertindak ganas.
"Di pihak saya, pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis yang melakukan kekerasan ke atas mahasiswa seperti yang dilaporkan, Safwan Anang telah ditendang dengan menggunakan lutut, mengenai rusuk mahasiswa tersebut yang kini terlantar di hospital," katanya ketika dihubungi.
Surendran yang juga seorang peguam berkata, Safwan sedang berbincang dengan pihaknya bagi mengambil tindakan undang-undang.
Sehubungan itu kata beliau, kesemua mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut akan membuat laporan polis.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden ini.
"Dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.
Kata beliau pihaknya juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka.
"AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis," katanya lagi.
sumber:sinar harian January 1, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment