Pages

Monday 28 May 2012

KESAN RADIASI WIFI MAMPU MEROSAKKAN AIR MANI


KESAN BURUK RADIASI WIFI
Rasanya ramai dikalangan kita yang gemar meletakkan laptop di atas riba. Kaua kita cuba buat carian dalam google, cukup banyak yang menyatakan bahawa ianya akan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh kita.
mengikut kajian yang dijalankan oleh researchers dari Argentina, kesan radiasi Wifi mampu memberi kesan buruk kepada lelaki seterusnya mengganggu kesuburan organ lelaki.
Peningkatan risiko kerosakan akan terjadi apabila seseorang meletakkan laptop diatas riba ketika menggunakannya. Ini akan menyebabkan kewujudan radiasi elektromagnet yang akan merosakkan air mani.
wifi

Radiasi elektromagnet akan terjadi apabila gelombang wireless atau Wifi disambungkan. Penggunaan laptop yang telah disambungkan ke Wifi yang diletakkan berhampiran dengan organ pembiakan akan menyebabkan kualiti sperma merosot. – IBNUSHUKRAN
Kesan Wifi
Laporan dari akhbar Kosmo :
Satu kajian oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Wageningen, Belanda mendapati radiasi daripada rangkaian gelombang tanpa wayar (Wifi) mungkin boleh menyebabkan pokok yang terdapat berdekatan dengan peranti penghala Internet tanpa wayar mati.
Para saintis itu memperoleh hasil kajian tersebut selepas melakukan kajian ke atas 20 batang pokok ash yang daunnya menjadi kuning. Hasil kajian itu menimbulkan kebimbangan bahawa radiasi Wifi boleh memberi kesan terhadap tubuh manusia.
Ia turut menyebabkan ibu bapa dan guru-guru berkempen agar peranti Wifi tidak dipasang di sekolah.
Kajian itu mendapati pokok yang diletakkan paling hampir dengan radio Wifi mempunyai daun berwarna kuning berikutan lapisan kulit luar pokok mulai mati. Para penyelidik juga mendapati radiasi Wifi boleh menyebabkan pertumbuhan jagung menjadi perlahan.

sumber:http://www.decrewz.com/kesan-radiasi-wifi-mampu-merosakkan-air-mani/

No comments:

Post a Comment