Pages

Tuesday 10 April 2012

Misteri Restoran Adik Manja, Kuantan, Pahang (Gambor dah update!!)

Assalamuaikum semua..disini aku ingin berkongsi cerita misteri yang berlaku di perjalanan gambng kuantan. Aku xtau ler korang perasan x kedai ni..Apapn orang2 kuantan diminta memberi komen dan berkongsi cerita..
Dengar lah kisah2 yg dikongsi..



Dah lama aku perhatikan...sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru...tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini.. Anehnya 'jiran' berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri...


Pengalaman pertama...


Originally Posted by idiaz_131 View Post
Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni...kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan. Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja...dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi...aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku...apa lagi terus cabut la...tunggu apa lagi...tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi...mmg misteri gilerrr..













Originally Posted by zam5245 View Post
aku baru teringat baru ni,dlm pukul 10 mlm aku balik dari maran,au lapar dan nampak restoran nie bukak,dan ada pelanggan sdg makan ,niat hati nak berhenti tapi tertiba hati jadi keberatan je,so aku terus berlalu tapi yg peliknya esok masa ku lalu kawasan tu kelihatan restoran tu dah lama ditinggalkan,pelik jugakk.

Originally Posted by apoilenjau View Post
giler ko nk aku demam seminggu ke? yg ambik gambar disiang hari ni pun aku dah meremang bulu roma aku td, apatah lagi malam... suatu masa dulu bertahun lama dah pernah aku nmpk restoran ni buka waktu mlm dlm kul 11 lebih, masa tu aku dlm perjlnn dari bandar nk balik kg. aku... aku dh rasa pelik tgk org ramai mkn kt gerai tu padahal dah lama tutup... esoknya pagi aku g tgk semula kedai tu kosong berhabuk mcm x pernah meniaga pun mlm td... mungkinkah??? 

Originally Posted by azarulez View Post
yg aku tau, ada 1 restoran kat jalan kuantan-gambang ni cam keras sikit..malam2 tertentu ada orang tengok kedai tu meriah sangat, tapi sebenarnya xde orang bniaga pun kat kedai tu..maybe kedai ni kot..org2 kuantan yg tau,xkan singgah la kalau nampak..yang datang dari jauh tu n x tau cerita, memang dpt makan mee yang best la kalau singgah kat kedai tu..hehehe



“Saya demam dua hari selepas melihat imej tiga makhluk itu,” kata seorang penunda kereta, Abdul Mubin Mohamad, 24, yang mendakwa merakam gambar tiga makhluk halus menggunakan kamera digital di Jalan Kuantan-Gambang, berhampiran sebuah tokong, di sini, pada 17 Jun lalu.
Sebagai pekerja separuh masa di sebuah bengkel membaiki kereta yang terbabit dalam kemalangan, antara tugas Abdul Mubin ialah mengambil gambar kereta mangsa sebelum ditunda ke premis majikannya.
“Pada hari itu (17 Jun) kira-kira jam 11.30 malam, ada kemalangan di kawasan berkenaan membabitkan sebuah kereta BMW 5 Siri yang dinaiki empat lelaki dalam perjalanan ke Kuantan.
“Saya berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Gambang untuk ke tandas sebelum isteri menegur mengenai gambar diambil selepas berasa curiga dengan bentuk tiga lembaga yang dirakam.
“Saya membesarkan lagi imej berkenaan sebelum terkejut melihat ‘satu keluarga’ berwajah ngeri dan lengkap berpakaian.
“Makhluk menyerupai wanita itu berpakaian serba putih manakala dua lagi berbaju merah,” katanya, di sini, semalam.
Menurutnya, terkejut dengan penemuan makhluk itu yang kali pertama dilihatnya, dia kemudian memberitahu rakannya yang sama-sama berada di tempat kejadian.
Dia berkata, rakannya mendakwa tidak selesa ketika mereka berada di kawasan berkenaan sebelum itu.
Katanya, rakannya turut mendakwa menemui kesan tapak kaki berlumpur berjalan naik ke bumbung kereta yang terbabit nahas itu tetapi enggan menceritakan kepadanya kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
Abdul Mubin mendakwa, ketika merakam gambar berkenaan, dia yakin tiada sesiapa berada di depannya kerana tempat kejadian gelap gelita.
“Saya menunjukkan rakaman itu kepada beberapa rakan lain dan mereka mendakwa objek itu makhluk halus dan ini kali pertama saya merakam gambar sedemikian selepas beberapa tahun bekerja sebagai penarik kereta,” katanya.
Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Mohd Azwari Abdullah, 31, berkata, dia juga mengalami nasib sama dan demam selepas melihat gambar berkenaan.
“Ketika di tempat kejadian, saya sudah merasa ada sesuatu tidak kena namun saya tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam kereta.
Sumber : Harian Metro


so orang2 kuantan dialukan memberi pendapat...sebab benda ni perlu ada kepastian..


20 comments:

  1. Aku baca je pun dah seram sejuk nih..Kenapa la aku baru tau benda ni?? Sebab hari tu aku ada berhenti kejap kat R n R Gambang.. Tapi tak perasaan pula restoran yang korang kata berhantu..Sebab aku sampai kat Gambang pun dah maghrib..Jangan lupa ajak Ghost Sickers..Heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..just berkongsi jer...tapi after dpt feedback dari pengalaman orang yang pnh lalu,2 yang nk publish benda ni..

      Delete
    2. serius la...dulu aku pernah mkn 1 family kat sini mase hntar adik ipar nk masuk UMP gambang.. tp ok je mcm biasa je...sbb mgkin mase tu xtau..tp mmg meriah ramai gila org... tp mase tu 2017

      Delete
    3. Ayah saya kata kisah dulu2 tahun 90an.. 30 tahun yg lepas.. owner kedai makan ni sewakan restoran ni kepada org thailand, org thailand ni dah usahakan bg cantik, mmg restoran ni laku, ramai org, meriah..

      Tp lps owner tu tgk kedai tu cantik, dia halau org thailand tu xkasi niaga situ dah..

      Huhu jgn main2 dgn org thailand..

      Pengajarannya jangan buat org sakit hati.. jangan tamak.. Hapak pun xdapat sampai sekarang..

      Delete
    4. Kerap lalu situ, tp mmg malam2 kat situ gelap je tak pernah buka.. siang2 nampak cantik & antik..

      Jalan menghala kuantan.. sebelum batu 12..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. selalu je ak lalu tempat ni subuh2 or 4 pagi..Alhamdulillah, xde ape2 yang aneh lg nmpak...mmg ade restoran tu..dkat je tmpat aku belajar..UMP...

    ReplyDelete
  4. SALAM..sy ada pglman nk share mkan kt kdai ni pada th 2010 ke 09?? Sy x igt la..da cube prah otak ni tp x ingat2 jgk2!!! Hmm..nk di jadikn cter pda satu mlam ni pada hari ibu sy n kuage nkg mkan smpena ari ibu la bwk nenek ntah cmne ntah dlm byk2 restoran paksu sy bwk g kt adek manje ni tp mase tu sy mmg x tau tntg ksah2 MISTERI ADIK MANJE ni..sy duk kt bt12 dkt je n kdai ni mse tu bru 2th pndah duk kuantan..n kami pn duduk order mkan mnum sy n adek g order lagu lpas tu coz ada karoke waktu tu lpas tu adek sy pn nyanyi n kami mkan pe sme..ada customer len waktu tu rmai gak..cume org2nye nmpak pelik?? Ntahla?? Sy heran sgt waktu tu org kt situ dok snap2 gmbar adek sy mse dy tgh nyanyi mse tu..tp alhamdulillah la waktu tu xde ape2 yg bruk blaku atau pnampakan yg aneh2..smpai kami selesai mkan smue..cume seingat sy waktu tu kt kdai tu blah hadapan dy ada air terjun mini tp tgk pic2 ni xde plak?? Hurmm?? Hgge la ke saat ni sy jadi trtnye2 adakah kdai ni beroperasi pada thun itu 2009-10?? Pada waktu tu adek sy x henti2 ckp kt sy kdai ni misteri la..plggan2 kt situ pelik la dr mane drg dtg?? Sy pn dpt rase jgak tp sy bt biase je smpai la tbce blog2 tntg adek manje ni..sy jd trtanye2 tau..wujudke semuanya itu??? Atau???? Wallahualam..

    ReplyDelete
  5. ada lagi ke..biasa je rest kt rnr tp xde lak perasan restoran adik manja ni

    ReplyDelete
  6. aku pun prnh nmpk kdi ni bk waktu siang..xlm lps tu xbkk dh..aku igt bankrap,smpi la aku tau mesteri ni..

    ReplyDelete
  7. Seram siot... nk try g la... nk alami suasana

    ReplyDelete
  8. Baqu tau selalu sngt jalan belah tu kalau nk balik kg so lepaih ni aku blh tau dh la😌

    ReplyDelete
  9. Hahaha saya pernah makan kat kedai tu . Meriah je time tu .

    ReplyDelete
  10. Ini semua poyo...aku ddk jaya gading dari tahun 2001 xpenah org sini cite pn hal kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ko duduk dalam gua, tak bercampur org, tu ko x tau cerita tu

      Delete
  11. Ada ni hah kat kedai ni elok je wujud tukar nama dah pun maisarah sabar tomyam

    ReplyDelete
  12. memg gempak crita dye..ade sesiapw nk ikut trip ke kdai adek manja untuk ngeteh 2hb 2021 (sabtu)...boleh roger ditalian (01159566413 wssp) ataupon (0179820248 derect call) salam kenal dri junior paranormal SDN BHD buat sbab teruja..so papew boleh bagitaw yer...tq❤️

    ReplyDelete