Tahukah anda, dalam sebuah bancian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Ronald McDonald lebih mudah dikenali kanak-kanak berumur 9 tahun kebawah dari wajah Jesus dan Abraham Lincoln? Kita semua mengenali muka badut Ronald yang digunakan dalam mengiklankan restoran makanan segera No 1 dunia ini. Tapi tahukah rupa asal Ronald ketika pertama kali muncul pada tahun 1963? Ronald dicipta oleh Willard Scott untuk penggambaran 3 buah iklan pada tahun tersebut. Willard Scott sebelum itu melakonkan watak Bozo The Clown, sebuah rancangan TV yang pernah ditayangkan di TV2 pada awal 90an dahulu.
Menurut Willard pada ketika itu rancangan mempunyai badut sangat popular di US. Pihak McDonald mahukan sebuah watak badut yang mampu menarik minat kanak-kanak untuk makan di restoran mereka. Oleh sebab itu Willard mencipta wata"Ronald McDonald, the Hamburger-Happy Clown". Beliau kemudian melakonkan watak Ronald dari 1963-1965. Sejak Willard bersara dari menjadi Ronald, sebanyak 11 orang telah diambil oleh McDonalds untuk melakonkan watak Ronald didalam iklan mereka. So now you know.
sumber:http://blogserius.blogspot.com/2012/04/serius-cool-mari-melihat-rupa-ronald.html
No comments:
Post a Comment