Pages

Monday 30 January 2012

Tanda2 cinta makin pudar dalam ikatan

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... ! 
♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!! 
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati.. 
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus.. 
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu.. 
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...♥

Thursday 5 January 2012

Rahsia kedudukan tahi lalat...(jangan percaya sangat)

Bagian Badan
Firasat
bibir atas kanan
banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri
ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan
disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri
pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan
cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri
cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah
tercapai cita-cita
biji mata kanan
suka serong dan pembohong
biji mata kiri
pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan
baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri
baik budi, murah rezeki
punggung kanan
agak mengalami kesulitan
punggung kiri
malas dan suka duduk
betis kanan
suka berhibur, boros
betis kiri
rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan
bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutt kiri
kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan
terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri
sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang
jujur, sabar dan tekun
kening kanan
cerdas dan cekap
kening kiri
cerdas, sopan santun
tengah kening
keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan
kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri
suka berpoya-poya
ketiak kanan
dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri
jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan
suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri
kehendak kuat
batang hidung
banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung
banyak rezeki
dagu bawah kanan
jujur dan baik hati
dagu bawah kiri
bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri
baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki)
bakal beristeri 2
tumit kanan
jujur dan banyak kawan
tumit kiri
baik budi
alis kanan
suka menolong, baik hati
alis kiri
ramai yang suka
pangkal peha kanan
kemahuan kuat
pangkal peha kiri
suka kerja apa pun
telapak kaki kanan
tak mudah mengeluh
jari kaki kanan
suka menolong
jari kaki kiri
berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan
cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri
suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan
baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri
ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan
setia dan taat pada atasan
lengan kiri
menepati janji dan rajin
pipi kanan
ramai teman
tengah-tengah pipi kanan
ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri
ramai teman
ubun-ubun
kurang jujur
pusat
cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan
sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri
beroleh kemliaan
pinggang kanan
sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri
disayang pasangan hidup
dada kanan
dapat mengatasi masalah
dada kiri
berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan
tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri
baik budi pekertinya
siku tangan kanan
kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri
baik hati, suka menolong
jari tangan kanan
serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri
serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan
banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri
banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan
banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri
baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam
disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam
tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar
baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri
murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan
serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas
baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas
baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah
agak malas
kelopak mata kiri bawah
agak bodoh, kurang bijaksana

Haruskah kita mahasiswa memperjudikan masa depan kita?

Salam semua buat setiap golongan.aku tertarik untuk menulis tentang tindakan mahasiswa yang di anggap terlampau beberapa hari lalu.bagi aku,semua itu adalah tindakan tidak wajar.mengapa aku berkata seperti itu?ini kerana aku melihat seakan mahasiswa lupa akan tanggungjawap diri untuk berjuang akan nasib family bangsa dan negara.bukan kita tidak menyedari bahawa setiap benda yang kita hendak buat perlu lah ada perancangan yang bijak dan bukan lah membabi buta.seperti dalam peperangan jua,kita perlu lah menyusun strategi dan keupayaan diri serta berpasukan.maksud aku ialah kita mahasiswa perlu lah pandai menilai akan kesan dan akibat.sepatutnya kita habiskan belajar dahulu dan baru lah kita mampu untuk membuat satu perubahan mengikut acuan yang dikehendaki.bukan kah kita sedar,kita tidak mampu menentang kuasa besar.kita perlu ikut jalan yang betul bagi menentang.maksud kita perlu lah mempersiapkan diri secukupnya untuk membuatkan kita mampu menentang mengikut laluan yang betul.habiskan belajar dan masuk ke dalam politik.ingat.kita negara berdaulat dan demokrasi.kita hanya perlu perancangan yang bijak,dan stategi yang brtul untuk melaksanakan sesuatu.kita tidak lah perlu membuat tindakan yang boleh menjejaskan nama baik kita sebagai mahasiswa.
Politik?korang tau tak apa itu politik?jangan menentang jika hanya kepentingan  diri dan menurut nafsu semata.aku bekas wartawan penyiaran tv.aku telah dilatih dalam bidang politik.walaupun pengalaman aku cetek,tapi itu banyak mengajar aku tentang dunia politik.bagi aku,aku tak sanggup mencemarkan tangan aku untuk memasuki dunia itu.bukan maksud aku menyatakan politik itu kotor.tapi ada sesetengah darinya membuatkan aku muak.aku hormat akan pucuk pimpinan.memang tulus mengikut ajaran agama.bagi aku perlu lah membuat pemutihan semula bagi mengingati tanggungjawap sebagai pemimpin.mahasiswa,pikir lah masa depan mu.buat untuk diri sendiri dahulu.ingat ayah bonda yang menghantar kita ke universiti.penuh harapan diaorang agar kita boleh membela mereka di masa depan.bukan untuk melihat kita didalam penjara.so please jangan salah sangka akan tulisan aku ni..hanya untuk meluahkan pendapat dan menasihat adik2 yang baru bergelar mahasiswa...thanks 4 u all..peace 4 mahasiswa dan selamat berjaya mahasiswa...

Wednesday 4 January 2012

Butler belum pilih kesebelasan utama

BAYANGAN kesebelasan utama Kelantan masih belum diputuskan jurulatihnya, Peter James Butler walaupun saingan merebut Piala Sumbangsih hanya tinggal tiga hari saja lagi.

Memikul tanggungjawab berat, Butler perlu memastikan sasaran merebut semua piala yang dipertandingkan musim ini dicapai termasuk Piala AFC, sekaligus mencipta sejarah dalam sukan bola sepak tanah air.

“Saya belum pastikan siapa yang akan diturunkan kerana apa sahaja bakal terjadi sekalipun kita sudah melalui beberapa perlawanan persahabatan.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka, namun penilaian sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengulas mengenai tiga pemain import yang dimiliki oleh pasukan yang digelar The Red Warriors itu, Butler mengakui kemungkinan dua daripada pemain import akan diturunkan semasa perlawanan tersebut.

“Apa yang pasti, Kelantan akan hadir dengan pemain yang terbaik bagi memastikan perlawanan itu tidak disia-siakan begitu sahaja,” katanya.

Enggan mengulas lanjut mengenai strategi pasukannya, Butler berharap anak didiknya mampu mempamerkan aksi terbaik menjelang perlawanan 7 Januari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
sumber sinar harian January 4, 2012

Orang minyak atas bumbung

GOMBAK – Orang minyak sekali lagi dikesan muncul di atas bumbung salah sebuah rumah penduduk di Jalan Laksamana 1 jam 1.30 pagi, kelmarin.

Kelibat makhluk hitam bertubuh kurus itu disedari ketika rondaan jam 2 pagi.

Salah seorang anggota ronda mendakwa, makhluk itu dikesan cuba bersembunyi di celah bumbung setelah kehadirannya disedari.

“Saya menjerit, kelibat itu menunjukkan dirinya beberapa saat sebelum ghaib,” katanya.

Sementara itu, anggota Unit Amal, Mohd Rafiq Hamidullah, 34, berkata, anggota unit ronda yang bertugas sehingga jam 6.30 pagi kelmarin di Jalan Laksamana 1/5 juga terdengar bunyi nafas tercungap-cungap.

“Kami yakin makhluk itu mahu berubah kepada manusia semula kerana hari sudah siang namun ia lenyap tanpa dapat dikesan arah ia melarikan,” katanya.

Fenomena gangguan lembaga hitam didakwa sebagai orang minyak yang mula dikesan penduduk Kampung Laksamana di sini sejak 20 Disember tahun lalu kini berlarutan lebih dua minggu.

Pelbagai usaha dilakukan penduduk termasuk mengadakan solat hajat, menggunakan pendekatan agama dan meningkatkan rondaan dalam usaha menangkap dua lembaga didakwa orang minyak terbabit.

Sejak kes tercetus, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima tujuh laporan daripada penduduk mendakwa keluarga dan kediaman diganggu makhluk tersebut.

Kesemua laporan yang diterima membabitkan kediaman yang mempunyai penghuni anak dara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, setakat ini terdapat satu laporan polis dibuat penduduk berhubung kes serangan orang minyak dan maklumat lanjut diperlukan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan.

sumber:sinar harian January 4, 2012

Monday 2 January 2012

20 ciri wanita jujur setia dengan lelaki

ni adalah 20 ciri wanita yang baik dan memahami..please jangan siakan..hahaha


  • Si dia habiskan hujung minggu bersama kamu

  • Menghubungi kamu saban waktu

  • Berkongsi hobi bersama

  • Tidak berkira, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan wang ringgit

  • Sanggup bertolak ansur

  • Menjalinkan hubungan baik bersama ibu bapa dan adik-beradik kamu

  • Tidak melenting andai kamu mahu keluar bersama rakan untuk menonton perlawanan bola sepak

  • Si dia mendahulukan kamu dalam apa sahaja situasi

  • Kenalkan kamu pada rakan-rakan rapatnya

  • Kenakan kamu pada keluarganya

  • Sanggup berkongsi hobi meskipun itu bukan minatmu yang sebenar

  • Boleh berkongsi apa sahaja

  • Boleh hidup susah dan senang dengan kamu

  • Mempercayai kamu meskipun kamu ada tugasan di luar kawasan

  • Mengingati tarikh penting dalam hidupmu

  • Mahu mendengar suaramu setiap kali si dia mahu lelapkan mata

  • Tidak kisah dengan kekurangan atau kelemahan yang ada pada kamu

  • Sentiasa member nasihat dan galakan kamu untuk memajukan diri

  • Si dia menghormati kamu sebagai seorang lelaki dan kekasih hati

  • Prihatin terhadap dirimu termasuk menjaga kamu ketika kamu sedang sakit
  • Hotel Terbalik atau diterbalikkan

    Ni ada sebuah hotel di barat yang telah di bina dengan senibina unik iaitu senibina terbalik.korang semua tau x hotel ni?semua seni binannya terbalik samaada foto hiasan,tanaman dan sebagainya.aku dh sediakan gambar2 untuk korang tengok akan kewujudan ini..kalu tau info lebih tentang hotel ni pls inform to me...










    Makhluk misteri ditemui di dasar Lautan Hindia


    LONDON – Pengkaji dari University of Southampton menunjukkan gambar yang luar biasa, dari kehidupan di dasar Lautan Hindia. Pengkaji ini mungkin menjadi orang yang pertama yang telah menemukan spesies baru itu.
    Telegraph, Jumat (30/12/2011), gambar tersebut dirakam menggunakan remote, iaitu robot bawah air (ROV) yang dikenali sebagai Kiel 6000. Sehingga kini para pengkaji telah dapat meneliti kawasan bawah air dari ventilasi gunung berapi, di lereng barat India selatan, Launtan Hindia.

    Lubang udara bawah laut ini, atau dikenal juga sebagai ‘black smoker’, membuat perairan sekitar mereka jadi ia sangat panas dan kaya dengan mineral, serta memicu keragaman ekosistem di kedalaman perairan tersebut.
    Para ilmuwan merakam berbagai makhluk, termasuk kepiting yeti, siput kaki bersisik, dan timun laut, yang diantaranya mungkin merupakan spesies baru.
    “Tempat ini benar-benar suatu kawaasan persimpangan, bagi spesies yang hidup di lubang angin gunung berapi, di seluruh dunia,” kata profesor Jon Copley, ilmuwan dalam projek tersebut.
    “Saya mengharapkan ada beberapa kemiripan dengan apa yang kita ketahui di Lautan Atlantik, dan lubang angin di Lautan Hindia. Dan itu benar, di sini kita juga menemukan jenis haiwan yang tidak ditemukan di wilayah lain di sekelilingnya, sehingga merupakan sebuah kejutan besar,” tambahnya.
    Dia menerangkan, salah satu yang ditemukan adalah jenis kepiting yeti. Jon menyatakan kini ini ada dua spesies yang digambarkan sebagai kepiting yeti di Pasifik, dan ini berbeza tetapi tetap merupakan jenis haiwan yang sama dengan lengan panjang berbulu.
    “Juga beberapa timun laut, yang tidak ditemukan di Atlantik atau lubang angin di India tengah, namun ditemukan di Pasifik,” tegas Copley.

    Lagi rakyat Malaysia kahwin sejenis di Greece


    Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.
    Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.
    Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
    Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
    Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.
    Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
    Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
    “Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.
    Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
    sumber: Oleh SYAHRIL A. KADIR metro online

    Kaka bakal masuk Islam tahun 2012

    Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
    Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.
    Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.
    Sumber: www.ar-rifke.com 

    Disebalik Keenakkan Coklat




    Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

    Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
    a)         Membantu meningkatkan memori dan hafalan
    b)         Membantu menguatkan hafalan
    c)         Membantu menajamkan mata dan minda
    d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
    e)         Membantu menguatkan daya ingatan
    f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
    g)         Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
    h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
    i)          Melambatkan proses penuaan

    Lambang rokok mirip kalimah ALLAH




    KUALA BERANG – Lambang menyerupai kalimah ALLAH SWT yang terdapat pada puntung rokok yang dijumpai dalam bekas habuk rokok seorang lelaki di rumahnya mengejutkan banyak pihak termasuk kawan sepejabatnya.
    Junaidi Jusoh, 25, yang berasa hairan dengan penemuan itu curiga dengan lambang yang terdapat pada puntung rokok berkenaan yang dianggapnya sengaja diwujudkan pihak tidak bertanggungjawab.
    “Lambang yang tercetak pada puntung rokok dipercayai rokok dari luar negara ini mungkin perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mahu perlekehkan kalimah berkenaan
    “Jika penghisap rokok membuang puntung rokok ini di serata tempat dan dipijak, ia seolah-olah menghina agama Islam yang sepatutnya diangkat tinggi martabatnya.
    “Pada mulanya saya terkejut dengan penemuan ini dan berfikir kenapa ada pihak yang sanggup mencipta lambang yang menyerupai kalimah ALLAH SWT sedangkan ia tidak harus berlaku,” katanya.
    Menurutnya, dia menghubungi Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu untuk memaklumkan hal berkenaan dan beberapa kakita-ngan daripada jabatan itu tampil serta melihat sendiri punting rokok yang dimaksudkan.
    “Menurut perbincangan saya dan kakitangan itu, mereka memberitahu rokok ini memang ada dijual dan dari luar negara yang diseludup masuk ke sini, tetapi lambang yang dicetak pada puntung rokok tidak sepatutnya menyerupai kalimah ALLAH SWT kerana ia menimbulkan keraguan kepada orang ramai,” katanya.
    Junaidi yang berasal daripada Kampung Bukit Kolam berkata, lambang puntung rokok seperti itu memang menimbulkan syak baginya dan begitu juga rakan lain yang turut melihatnya.
    “Walaupun tidak menye­rupai sepenuhnya, tetapi apabila seakan-akan kalimah ALLAH SWT, lambang berkenaan tidak harus diletakkan pada rokok kerana selepas dihisap ia akan dibuang dan berisiko untuk dipijak dan sebagainya.
    “Saya harap pihak berkenaan pantau isu sebegini kerana percaya semua itu ada muslihat tertentu,” katanya.
    sumber:Sinar harian


     
     
     
     

    50 Password Mudah Yang Selalu Digunakan


    Kumpulan Gnosis pernah melancarkan serangan hacker berprofil tinggi pada rangkaian yang paling popular di dunia blog. Mereka mendakwa bahawa telah hack 1,3 juta password pengguna, 188,279 telah ditunjukkan kepada orang ramai. Ini adalah 50 password popular yg terlalu “lemah”. check it out~

    Nampak tak carta kat atas tu, pengguna paling suka pakai password 123456. Penggunaan password yang tak selamat camtu boleh mengundang risiko kepada pemiliknya. Tak tau la sama ada diorang memang suka nombor tu atau diorang memang taktau pasal keselamatan dalam internet. Kalo hacker tu jenis baik macam Rilekscrew takpela sebab diorang ni hanya nk test-test je, kalau yg jahat-jahat tu abis la. Kemungkinan diorang akan guna akaun korang untuk wat jahat…

    sumber:http://koleksicerita.com

    Sunday 1 January 2012

    Demo Upsi: Peguam timbang tindakan undang-undang



    SHAH ALAM - Peguam mewakili mahasiswa yang mendakwa berhadapan dengan kekerasan polis ketika mengadakan perhimpunan di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) awal pagi tadi bercadang mahu mengambil tindakan undang-undang.

    "Saya akan ambil tindakan undang-undang, kita tak tahu, saya pun tengah ikuti perkembangan mahasiswa, ada yang ditahan, ada yang di hospital," kata peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty.

    Ketika dihubungi Sinar Harian Online petang ini, Fadiah Nadwa berkata seramai 17 mahasiswa, kesemuanya lelaki, telah dibebaskan pukul 5 pagi tadi. Mereka ditahan polis sekitar 2.30 pagi.

    Laporan terdahulu menyebut perhimpunan sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi bertukar menjadi kekecohan.

    Difahamkan lebih 100 pelajar menyertai perhimpunan telah ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan. Antara yang ditahan ialah Adam Adli, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini,

    Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Ahmad Shukri Razab. Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan dan  keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.

    Fadiah berkata, pihaknya amat kesal jika kekecohan yang berlaku awal pagi ini dicetuskan oleh pihak tertentu. Bagaimanapun menurut beliau, semuanya akan diputuskan setelah pihaknya berbincang serta mendengar serta mendapatkan laporan sepenuhnya dari semua mangsa yang terlibat dalam demostrasi tersebut bagi memberi gambaran sejelasnya berhubung kejadian berkenaaan.

    "Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak  malah, akan mendengar cerita mahasiswa yang terlibat dalam insiden tersebut sehingga menyebabkan tercetusnya kekecohan tersebut.

    Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden ini.

    "Dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.

    Kata beliau pihaknya juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka.

    "AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis," katanya lagi.


    "Setelah berbincang dan laporan lengkap diterima. pihak saya tidak teragak-agak mengambil tindakan kerana insiden ini telah menlibatkan imej mahasiswa yang memeperjuangkan hak mereka," kata beliau.

    Menurutnya, pihaknya juga kini sedang mengikuti perkembangan mahasiswa yang dilaporkan telah ditahan dan juga telah memyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang mengalami kecederaan serius dan kini sedang dirawat.

    Fadiah Nadwa menambah, pihaknya akan mengumumkan tindakan susulan mereka dalam masa yang terdekat.

    Dalam pada itu, Naib Presiden PKR N. Surendran pula berkata, pihak polis dan Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang dipercayai menggunakan kekerasan dengan menumbuk dan menendang mahasiswa ketika hendak meleraikan perhimpunan di pekarangan Upsi.

    Menurutnya, tindakan anggota polis tersebut telah menyalahi undang-undang kerana mahasiswa terbabit dikatakan hanya mahu menghantar memorandum kepada pihak Upsi dan oleh itu, pihak polis tidak sepatutnya bertindak ganas.

    "Di pihak saya, pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap anggota polis yang melakukan kekerasan ke atas mahasiswa seperti yang dilaporkan, Safwan Anang telah ditendang dengan menggunakan lutut, mengenai rusuk mahasiswa tersebut yang kini terlantar di hospital," katanya ketika dihubungi.

    Surendran yang juga seorang peguam berkata, Safwan sedang berbincang dengan pihaknya bagi mengambil tindakan undang-undang.

    Sehubungan itu kata beliau, kesemua mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan tersebut akan membuat laporan polis.

    Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut supaya satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden ini.

    "Dan anggota polis yang bertanggungjawab mencederakan mahasiswa dihadapkan ke muka pengadilan," katanya dalam satu kenyataan.

    Kata beliau pihaknya juga menuntut supaya Menteri Dalam Negeri yang bertanggungawab terhadap pasukan polis supaya memohon maaf kepada mahasiswa yang dizalimi serta ahli keluarga mereka.

    "AMK juga menawarkan khidmat guaman kepada semua mahasiswa yang terlibat sekiranya mereka berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan terhadap pihak polis," katanya lagi.
    sumber:sinar harian January 1, 2012

    Ikut selera tekak punca kanser



    Beberapa jenis makanan tertentu yang diambil, pada masa sama meminggirkan makanan dengan nilai nutrien tinggi yang diamalkan secara berpanjangan dipercayai adalah faktor utama mengapa semakin ramai didiagnosis menghidap kanser dalam kalangan kanak-kanak hingga ke peringkat usia emas.

    Hari ini semakin ramai orang dikatakan makan ikut selera tekak sahaja. Mereka lebih menggemari makan makanan terproses dan segera berbanding makanan yang tinggi nilai nutrien. Sesetengahnya, makan ayam goreng hampir setiap kali makan, dan beri alasan ikan mahal.

    Ramai juga tidak makan sayur-sayuran disebabkan rasanya tidak menyelerakan. Begitu juga dengan makanan diperam seperti tempoyak, budu dan jeruk buah-buahan asli kerana rasanya tidak menyenangkan.
    Seorang kanak-kanak lelaki didiagnosis menghidap sejenis kanser otak ketika berusia lapan tahun. Dia boleh dikatakan tidak menyentuh nasi sepanjang hidupnya dan banyak mengambil makanan merapu yang terdiri daripada makanan terproses di rumah mahupun di sekolah.


    Kanser organ reproduktif

    Anda bayangkan bagaimana seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang belum berkahwin boleh menghidapi kanser payudara. Penulis berpendapat remaja tersebut menghidapi kanser payudara berpunca daripada jenis makanan yang diambil sejak sekian lama. Dia juga kurang makan nasi. Sebaliknya sering makan ayam goreng dan makanan segera lain seperti hotdog dan burger.

    Remaja itu mudah mendapatkan makanan tersebut kerana ibunya penjaja makanan ringan di pasar malam. Pada masa sama, rakan sebaya remaja tersebut juga mengalami sis ovari. Sis ovari bukanlah sejenis kanser tetapi ia merupakan ketumbuhan atau tumor ovari.

    Apakah kaitan kurang atau tidak makan nasi dengan pembentukan kanser? Makan nasi yang penulis maksudkan ialah nasi berlaukkan makanan yang tinggi zat seperti ikan dan sayur. Jenis lauk-pauk juga berbeza-beza dari satu hari ke hari yang lain. Makanan daripada jenis dan penyediaan secara tradisi adalah paling baik seperti masakan yang direbus atau digoreng dengan pantas.

    Ini bertujuan mengurangkan kehilangan/kemusnahan gizi atau nilai nutrien sama ada nutrien makro atau mikro. Lauk-pauk tidak sepatutnya sering kali dalam bentuk makanan gorengan secara terendam lama seperti ayam goreng dan nuget. Air terbaik mengiringi makanan ialah air mineral atau orang dulu-dulu minum air masak yang ditimba dari telaga. Jus buah-buahan tanpa gula atau teh herba juga sesuai.

    Terdapat teori popular di kalangan golongan perubatan moden iaitu mereka mengaitkan pembentukan sis/ketumbuhan atau kanser organ reproduktif dengan paras estrogen tinggi. Penulis pula mengikut pendapat yang menyatakan ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon reproduktif iaitu antara estrogen dan progesteron.

    Pada keadaan normal hormon progesteron yang bersifat merencatkan pembahagian sel organ reproduktif sentiasa mengimbangi hormon estrogen yang bersifat merangsang pembahagian sel organ reproduktif. Hati tidak berfungsi secara berkesan berpunca daripada pelbagai faktor dipercayai kurang berkesan dalam memusnahkan estrogen. Ini dipercayai punca ketidakseimbangan estrogen-progesteron.


    Hati organ penting

    Salah satu punca mengapa fungsi hati terganggu ialah sering makan makanan terproses dan pada masa sama kurang atau langsung tidak makan sayur-sayuran. Sayur-sayuran bantu lancarkan fungsi hati termasuk bantu hati menjalankan detoks dengan sempurna.

    Punca lain adalah sering mengalami gangguan emosi secara berpanjangan termasuk murung, risau dan sedih. Untuk pengetahuan anda, karakter terlalu agresif, mudah meradang atau sifat kurang sabar boleh mengganggu fungsi hati. Fungsi hati semakin terganggu jika seseorang masih mengalami gangguan emosi seperti disebutkan di atas dan mengamalkan karakter-karakter tersebut secara berterusan.

    Sindrom premenstuasi yang teruk termasuk gejala seperti haid tidak lancar ialah tanda fungsi hati terganggu. Perubatan moden tidak mengetahui kaitan antara hati dan fungsi sistem reproduktif. Namun ia telah diketahui dan diamalkan oleh sistem perubatan tradisional China (SPTC) sejak beribu tahun dahulu.

    Menurut SPTC, meridian (saliran chi) hati berpunca dari hati. Ia turun ke bawah dan meliputi organ reproduktif termasuk kemaluan. Meridian ini seterusnya turun dari kawasan kemaluan dari bahagian sebelah dalam pangkal peha menghala ke arah bawah.

    Antara herba yang boleh meredakan kesesakan meridian hati dan seterusnya PMS ialah Dong Quai (Tang Kwei) jintan manis dan halba dan herba pahit. Pucuk betik dan ulam raja ialah antara ulam yang sesuai. Semua orang tahu sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas.

    Paras radikal bebas yang tinggi dan tidak terkawal dikatakan punca kepada mutasi sel. Sel yang bermutasi secara tidak terkawal akhirnya membentuk sel kanser. Makanan terproses mengandungi paras nutrien yang amat rendah. Tambahan pula kebanyakan makanan terproses membekal bahan karsinogen seperti perisa dan warna tiruan. Paras gula tinggi pula mengganggu fungsi sistem kekebalan terutama sel pembunuh T (T killer cell).
    Ekspresi gen

    Makanan gorengan dikatakan boleh menyebabkan kerosakan membran dan komponen sel termasuk DNA. Karbohidrat, protein dan lemak yang dipanaskan terutama pada suhu tinggi seperti dipanggang hingga hangus atau digoreng secara terendam lama membentuk bahan karsinogenik.

    Kegilaan kanak-kanak dan remaja makan kentang goreng sebenarnya juga menempah maut. Mengapa? Kentang goreng biasanya disalut dengan lemak terhirogenasi. Lemak terhidrogenasi termasuk marjerin sayur-sayuran dipercayai tidak sesuai untuk tubuh.


    Epigenetik

    Kekerapan mengambil minyak sayuran cair kategori omega 6 seperti minyak bunga matahari, safflower, jagung atau kacang soya dan lemak terhidogenasi yang diperbuat darinya dipercayai akan melemahkan struktur membran sel. Kandungan lemak trans (walau pun pada kuantiti amat rendah) dalam lelemak terhidrogenasi dipercayai melemahkan lagi struktur membran sel. Stuktur membran sel yang tidak teratur dipercayai antara lain mengganggu komunikasi antara sel dan mengubah ekspresi gen.

    Ekspresi gen yang berubah menyebabkan gangguan kepada pelbagai fungsi organ sistem. Perubahan ekspresi gen yang berlaku akibat perubahan persekitaran biokimia membran sel tanpa mengubah susunan DNA ini dikenali sebagai epigenetik. Jadi, mengurangkan dan seterusnya mengelakkan makanan yang dipercayai menjadi punca pembentukan kanser ialah suatu usaha permulaan yang baik.

    Makanan terproses dan kurang makan makanan kaya antioksidan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dikatakan menyebabkan tubuh kita mudah ‘berasid’. Tanda-tanda tubuh berasid banyak termasuk sering demam, batuk, sakit kepala, artritis, sakit gusi, sakit gigi dan serangan jantung. Makanan yang atau bersifat panas seperti daging, ayam dan makanan gorengan secara terendam lama menjadi hidangan utama hari ini. Pelopor teori keasidan-kealkalian tubuh mengklasifikasikan makanan tersebut sebagai makanan berasid.

    sumber:sinar harian December 27, 2011

    Nik Aziz mahu Muslim utamakan kalendar Hijrah

    SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru agar kalendar Hijrah digunakan sebagai kalendar utama dalam kehidupan seharian umat Islam termasuk dalam urusan pentadbiran.

    Dalam tulisannya sempena tahun baru 2012 semalam, Mursyidul Am Pas ini berkata, buat masa sekarang kalendar Hijrah hanya menjadi satu maklumat sampingan semata-mata diatasi oleh kalendar Masihi sebagai kalendar utama.

    "Paling tidakpun, pada bulan Ramadan dan Syawal kalendar Hijrah menjadi terkenal tetapi selepas itu, ia hanya tinggal tulisan yang kecil sahaja di tajuk-tajuk akhbar. 

    "Oleh yang demikian, sangatlah besar cita-cita saya untuk melihat kalendar Hijrah ini dijadikan sebagai kalendar utama khususnya di dalam kehidupan umat Islam," tulis beliau lagi.

    Jelas beliau, kalendar Masihi pun asalnya daripada penjajah dan dibawa masuk ke dalam pentadbiran pada era penjajahan.

    "(Oleh itu) saya tidak melihat sebarang sebab yang boleh menghalang kalendar hijrah ini digunakan sebagai kalendar utama dalam pentadbiran," katanya lagi.

    Kata Nik Aziz, beliau rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. 

    "Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharam yang merupakan sambutan tahun baru 1433H dan hari ini (semalam) kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masihi. 

    "Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?" katanya lagi.

    Kata Nik Aziz lagi, menggunakan kalendar hijrah bererti menyegarkan semula ingatan kita kepada perjuangan hijrah Rasulullah SAW.

    "Ia bukannya sekadar satu catatan sejarah semata-mata, tetapi ia satu pengajaran kepada umat Islam agar berusaha terus-menerus untuk melaksanakan tuntutan dakwah. 

    "Menggunakan kalendar Hijrah bererti mengingatkan kita semula kepada pahit maung perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan dakwah," katanya lagi.

    Soal beliau, adakah generasi muda hari ini arif dengan sejarah Rasulullah SAW dan Bani Hasyim yang pernah menghadapi pemulauan ekonomi dan sosial selama tiga tahun.

    "Adakah generasi muda kita tahu bagaimana sejarah Rasulullah SAW yang pernah berdakwah ke Taif bersama-sama Zaid Harithah, namun dilempar dengan batu? Inilah sebenarnya mutiara-mutiara yang berharga dalam khazanah sirah Rasulullah SAW yang jarang sekali diperdengarkan di kalangan kita pada hari ini," katanya lagi.

    Justeru kata beliau, apabila kalendar Hijrah digunakan, ingatan terhadap sirah ini pasti akan segar semula dan masyarakat pastinya tidak terada asing dengan sejarah Rasulullah SAW.

    Sumber:sinar harian january 02 2012